Citation
Zakaria, Ezalinda and Zakaria, Noor Syamilah
(2018)
Pengetahuan, pemahaman dan pengaplikasian teori kaunseling oleh pelajar siswazah bimbingan dan kaunseling sewaktu internship.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 347-353).
Abstract
Penggunaan teori merupakan kayu pengukur yang boleh menentukan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pengetahuan, pemahaman serta pengaplikasian teori yang tepat dapat membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan lebih berstruktur dan terarah. Di dalam kajian ini, seting internship menjadi latar terbaik untuk mengkaji pengetahuan, pemahaman dan pengaplikasian teori kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor pelatih sepanjang program internship dijalankan. Oleh itu, kertas kerja ini dibuat untuk mencadangkan satu kajian kes di lokasi seperti sekolah, jabatan-jabatan kerajaan serta pusat pengajian tinggi awam dan swasta tentang sejauh manakah kaunselor pelatih yang merupakan pelajar pasca siswazah bimbingan dan kaunseling mengetahui, memahami, serta mengaplikasi teori yang telah mereka pelajari sewaktu menjalani internship di seting tersebut.
Download File
|
Text
GREDUC_2018-33.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (78kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |