Citation
Mohd Pauzi, Nurakmal Balqiyyah and Zakaria, Noor Syamilah
(2018)
Pengetahuan, kefahaman dan pengaplikasian etika kerahsiaan dalam kalangan pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling yang mengikuti internship kaunseling.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 286-291).
Abstract
Kepercayaan merupakan elemen utama yang diperlukan oleh pengamal kaunseling terutama dalam proses menolong. Kepercayaan perlu dipelihara oleh pengamal kaunseling supaya wujud hubungan terapeutik antara kaunselor dan klien ketika proses kaunseling dijalankan. Kompetensi kaunselor dalam konteks kerahsiaan ketika mengendalikan perkhidmatan kaunseling perlu dipertingkat supaya hubungan kepercayaan antara kaunselor dan klien dapat diwujudkan serta dapat mencapai kesejahteraan secara holistik. Kajian ini adalah kajian Kualitatif dengan menggunakan pendekatan yang melibatkan pengumpulan data kajian pelajar master yang sedang menjalani internship kaunseling dalam program bimbingan dan kaunseling dengan memfokuskan kepada pengetahuan, kefahaman dan pengaplikasian etika kaunseling kerahsiaan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah constant comparative iaitu (i) pengumpulan data, (ii) pengekodan, (iii) pengkategorian dan (iv) pembentukan tema.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |