UPM Institutional Repository

Tahap dan hubungan antara stres dan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia


Citation

Yusran, Noor Ashira and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2018) Tahap dan hubungan antara stres dan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 278-285).

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji stres dengan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) (BPSP) di Universiti Putra Malaysia dan menjawab dua persoalan kajian tentang tahap stres dan tahap motivasi pencapaian pelajar BPSP dan perbandingannya berdasarkan jantina dan tahun pengajian. (UPM). Seramai 75 orang sampel pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Dapatan kajian dianalisis menggunakan IBMSPSS versi 22.0. Tahap Stres pelajar lelaki lebih tinggi daripada tahap stres pelajar perempuan. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres pelajar mengikut tahun pengajian di mana pelajar tahun 3 didapati lebih stres berbanding pelajar tahun 2. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam motivasi pencapaian berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan tahun pengajian. Analisis kajian mendapati pelajar tahun 2 mempunyai motivasi pencapaian paling rendah kerana kebanyakan mereka menyambung pelajaran disebabkan desakan oleh kedua ibu bapa mereka dan bukan kerana minat mereka dalam bidang pendidikan. Hasil perbincangan juga menjelaskan implikasi kajian kepada teori dan cadangan kajian kepada penyelidik yang berminat mengkaji domain-domain kajian ini.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-26.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (217kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Stress; Motivation; Achievement motivation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 01:40
Last Modified: 10 Apr 2019 01:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67773
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item