UPM Institutional Repository

Pemerkasaan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding


Citation

Jamaluddin, Nor Sa'adah and Abdul Kadir, Suhaida and Abdullah, Arnida and Alias, Siti Noormi (2018) Pemerkasaan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 268-277).

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan antara enam aspirasi murid yang difokuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Usaha melahirkan murid yang mempunyai tahap penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang mampu menyediakan murid untuk bersaing dalam dunia pendidikan global selain menyediakan murid dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi. Penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang juga mempunyai hubung kait strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Pemilihan strategi PdP yang tepat dan sesuai oleh guru mampu melakukan transformasi minda murid agar berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun masalah. Pengaplikasian Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan antara strategi PdP yang seringkali diberikan penekanan dalam sesi PdPc di sekolah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan menjadikan murid tingkatan 4 kelas perakaunan sebagai sampel kajian dalam mengkaji kesan PBP ke atas perubahan penguasaan KBAT dalam topik Belanjawan Tunai melalui keterlibatan elemen scaffolding. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental kuasi yang melibatkan satu kumpulan eksperimen melalui ujian pra dan ujian post. Penggunaan perisian statistik berkomputer ‘IBM SPSS Statistics’ versi 22 dilibatkan bagi tujuan penganalisisan data. Melaui ujiant berpasangan yang dilakukan, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min penguasaan KBAT murid melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding dalam ujian post. Justeru itu, keterlibatan elemen scaffolding dalam pembelajaran berasaskan projek menyumbang kepada peningkatan penguasaan KBAT murid sekaligus membuktikan strategi PdP berasaskan projek sesuai untuk diimplementasi dalam sesi PdPc di sekolah.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-25.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (188kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Project-based learning; Scaffolding; Higher-order thinking skills
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 01:39
Last Modified: 10 Apr 2019 01:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67772
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item