Citation
Kamarul Zahari, Nurul Fatanah and Abdul Rahman, Haliza and Abu Samah, Asnarulkhadi and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
(2018)
Sekolah Hēp: pembinaan akses kepada pendidikan kanak-kanak Batek di Taman Negara Pahang.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 223-231).
Abstract
Sekolah Hēp adalah suatu konsep sekolah rimba yang ideal dan bersifat in-situ untuk kanak-kanak Batek di Taman Negara Pahang. Pemahaman terhadap konsep ini membolehkan pembuat dasar pendidikan kebangsaan dan pihakpihak pemegang taruh yang terlibat meneliti dan memahami keperluan asas pendidikan yang sesuai dan bersifat lestari untuk kanak-kanak Orang Asli, khususnya kanak-kanak Batek yang merupakan sebahagian daripada komuniti pemburu dan pengumpul yang masih berperihalan di rimbaraya Taman Negara Pahang. Kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan etnografi seperti pemerhatian dan temu bual digunakan bagi mendapatkan pemahaman mendalam mengenai permasalahan pendidikan di kalangan kanak-kanak Batek serta sudut pandang mereka mengenai pendidikan yang ideal. Berdasarkan temu bual dengan lapan individu Batek, didapati bahawa usaha untuk menghantar kanak-kanak Batek ke sekolah yang terdekat iaitu di Kampung Kuala Tahan pernah dilakukan pada awal tahun 1990-an oleh pihak JAKOA, namun ianya gagal akibat beberapa faktor seperti masalah aksesabiliti, takwim persekolahan yang tidak sesuai serta jurang literasi. Isu utama pendidikan kanak-kanak Batek adalah aksesabiliti kepada pendidikan yang akan dihuraikan secara terperinci di dalam makalah ini. Idealisme Sekolah Hēp adalah untuk mewujudkan akses pendidikan awal untuk kanak-kanak Batek sebelum mereka diintegrasikan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bagi membangunkan konsep Sekolah Hēp, maka makalah ini mencadangkan agar aksesabiliti ke sekolah dipermudahkan dengan membina sekolah yang bersifat in-situ di setiap penempatan Batek. Selain itu, takwim persekolahan dan pedagogi pendidikan untuk kanak-kanak Batek dibangunkan menggunakan pendekatan etnografi dengan mengambil kira keperihalan, tahap mobiliti serta status egalitarian komuniti ini. Makalah ini diharapkan dapat membuka ruang untuk pemegang taruh menilai semula aspirasi pendidikan untuk Orang Asli dari sudut yang berbeza bagi membina akses pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli umumnya, dan Orang Batek khususnya tanpa perlu mereka mengkompromikan cara hidup tradisi yang diwarisi turun-temurun.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |