UPM Institutional Repository

Meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam bentuk lazim bagi murid bermasalah dalam pembelajaran menggunakan kaedah minus mission


Citation

R. S., Kamaladharanii and Kamarudin, Nurzatulshima (2018) Meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam bentuk lazim bagi murid bermasalah dalam pembelajaran menggunakan kaedah minus mission. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 177-187).

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi membantu murid masalah pembelajaran tahun satu mengenal pasti operasi tolak nombor bulat dalam lingkungan 50. Kaedah Minus Mission digunakan untuk membantu subjek meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dalam bentuk lazim. Kajian juga melihat faktor-faktor motivasi kendiri yang mempengaruhi minat dan sikap subjek terhadap mata pelajaran Matematik sebelum intervensi dilaksanakan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif. Semua data dikumpulkan dan dianalisis melalui alat-alat kajian seperti rekod anekdot, senarai semak, set latih tubi, set ujian Pra dan Pos serta rakaman fotografi. Data-data diinterpretasikan secara penulisan naratif, menggunakan frekuensi dan peratusan. Pendekatan intervensi dijalankan secara hands-on, berperingkat dan ansur maju membolehkan subjek menghubungkaitkan konsep Matematik sedia ada dengan konsep nilai tempat yang baru. Hasil analisis menunjukkan pendekatan intervensi kaedah minus mission yang dilaksanakan berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan nilai tempat dalam operasi tolak. Kajian seterusnya pengkaji mencadangkan penggunaan kaedah minus mission diaplikasikan dalam kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik di samping tidak mengabaikan faktor persekitaran.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-15.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (274kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Minus mission method; Minus operation; Slow learners
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 09 Apr 2019 03:55
Last Modified: 09 Apr 2019 03:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67753
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item