UPM Institutional Repository

Kerangka konsep bagi kejayaan guru dalam pengintegrasian ICT: pendekatan teori sosial dan budaya


Citation

Mohamad @ Razak, Nor Asiah and Ab. Jalil, Habibah and Krauss, Steven Eric and Ahmad, Nor Aniza (2018) Kerangka konsep bagi kejayaan guru dalam pengintegrasian ICT: pendekatan teori sosial dan budaya. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 162-176).

Abstract

Artikel ini akan mengupas kerangka konsep salah satu pendekatan Teori Sosial dan Budaya iaitu Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah (TABS) atau Cultural-Historical Activity Theory (CHAT). Perbincangan kerangka konsep ini adalah bertujuan agar penyelidik memahami penggunaan CHAT di dalam penyelidikan sains sosial terutamanya kajian yang menerangkan tentang kejayaan guru dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran mereka. CHAT adalah teori yang mempunyai sejarah pembangunannya tersendiri yang berakar umbi dari Teori Sosial dan Budaya. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan sejarah pembangunan CHAT untuk memahami mengapa dan bagaimana perspektif sosial dan budaya menjadi salah satu konsep penting dalam pembentukan CHAT. Artikel ini juga menerangkan tentang konsep CHAT yang dibincangkan secara meluas dalam sorotan literatur dan biasa diguna pakai dalam penyelidikan terutamanya yang melibatkan bidang dalam Teknologi Pendidikan. Implikasi dari artikel ini adalah pembaca dapat menggunakan CHAT dalam penyelidikan yang mana dalam masa yang sama mengdokong perspektif sosial dan budaya iaitu setiap aktiviti manusia dipengaruhi oleh persekitaran sosial yang akhirnya membentuk budaya sesuatu masyarakat atau komuniti. Artikel ini juga membantu penyelidik untuk memahami bagaimana melakukan penyelidikan secara terperinci dengan menggunakan analisis sistem aktiviti (ASA) sebagai metodologi bagi pengumpulan data dan analisis data secara menyeluruh.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-14.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (318kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Cultural-historical activity theory; CHAT; Successful of ICT integration; Technology in education; Social and cultural theory
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 09 Apr 2019 03:55
Last Modified: 09 Apr 2019 03:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67752
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item