UPM Institutional Repository

Hubungan antara tahap efikasi kendiri dengan tahap kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan di kolej vokasional


Citation

Bakry, Nurul Shazwani and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2018) Hubungan antara tahap efikasi kendiri dengan tahap kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan di kolej vokasional. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 92-99).

Abstract

Kemahiran kebolehkerjaan merupakan elemen penting kepada pelajar untuk menjadikan mereka terampil dan melaksanakan pelbagai pekerjaan. Ini adalah faktor penting yang membolehkan mereka berada dalam pasaran industri. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan tahap Efikasi Kendiri dan Kemahiran Kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Populasi kajian adalah pelajar Kolej Vokasional Setapak. Sampel Kajian telah dipilih di kalangan pelajar diploma kolej vokasional (DVM) tahun 1 dan tahun 2. Sampel kajian adalah seramai 51 orang yang terdiri daripada 44 orang pelajar lelaki, 6 orang pelajar perempuan dan seorang tidak memberi maklum balas. Sampel yang dipilih adalah pensampelan secara rawak. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian korelasi kerana ingin melihat hubungan di antara Efikasi Kendiri dengan Kemahiran Kebolehkerjaan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan dengan menggunakan instrumen Self-Efficacy skala empat bagi mengukur Efikasi kendiri dan kemahiran kebolehkerjaan skala lima. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk konstruk efikasi kendiri adalah α = 0.816 manakala konstruk bagi kemahiran kebolehkerjaan ialah α = 0.822. Didapati terdapat hubungan yang positif di antara Efikasi Kendiri dengan Kemahiran Kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar kejuruteraan Kolej Vokasional. Semakin tinggi Efikasi Kendiri pelajar semakin meningkat Kemahiran Kebolehkerjaan pelajar.


Download File

[img] Text
GREDUC_2018-5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (156kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Self-efficacy; Employability skills; Vocational college
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 09 Apr 2019 03:53
Last Modified: 09 Apr 2019 03:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67735
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item