Citation
Masri, Normasitah and Abdullah, Arnida and Asimiran, Soaib
(2018)
Tahap tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej vokasional.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 83-91).
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan tahap tekad keusahawanan. Selain itu, sikap keusahawanan, norma sosial, efikasi keusahawanan, personaliti proaktif dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran keusahawanan di Kolej Vokasional turut dikaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada 2882 pelajar tahun 1 diploma dari 16 buah Kolej Vokasional Zon Tengah meliputi Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pemilihan sampel kajian sejumlah 244 adalah menggunakan teknik persampelan berlapis mengikut negeri. Hasil kajian mendapati tekad keusahawanan pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min 3.65 dan sisihan piawai .84. Kajian menunjukkan tahap tinggi bagi sikap keusahawanan (min =3.75, SP=.63), norma sosial (min=3.75, SP=.66), personaliti proaktif (min=3.87, SP=.53) manakala tahap sederhana bagi efikasi keusahawanan (min=3.34, SP=.70) dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran keusahawanan (min=3.21, SP=.76). Ini menunjukkan tekad keusahawanan pelajar kolej vokasional perlu diberi perhatian untuk ditambah baik kerana memberi kesan langsung terhadap tingkahlaku keusahawanan. Pendidikan keusahawanan dapat meningkatkan efikasi keusahawanan pelajar dan penglibatan dalam pembelajaran keusahawanan adalah salah satu strategi berguna yang perlu dipraktikkan dalam strategi pengajaran.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Publisher: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia |
Keywords: |
Entrepreneurial intention; Theory of planned behaviour; Technical and vocational education and training (TVET) |
Depositing User: |
Nabilah Mustapa
|
Date Deposited: |
09 Apr 2019 03:53 |
Last Modified: |
09 Apr 2019 03:53 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67734 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |