Citation
Ismail, Noor Hidayah and Md Sabil, Azhar and Othman, Shamsudin and Said, Rozita @ Radhiah
(2018)
Keterampilan kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah agama (tahfiz) : satu analisis wacana terhadap penulisan karangan.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2018, 15 Dec. 2018, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 27-31).
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis karangan berdasarkan teori keterampilan menulis karangan dalam kalangan murid sekolah menengah aliran agama tahfiz di Selangor. Secara umumnya, kajian ini berusaha untuk melihat aspek penulisan karangan bahasa Melayu yang unggul. Tinjauan mendapati bahawa murid sekolah menengah agama tahfiz lebih tertumpu kepada hafazan al-Quran, selain daripada keperluan untuk menguasai kemahiran menulis bahasa Melayu, khususnya bagi pelajar tahfiz yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Fokus kajian ini menjurus kepada aspek tautan dalam penulisan karangan. Kajian berbentuk kualitatif ini mengambil 30 sampel karangan murid sekolah menengah aliran agama tahfiz di tiga buah sekolah tahfis yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan berlandaskan teori keterampilan menulis yang dipelopori oleh Mohd Sidin Ahmad Ishak (1992, pendekatan analisis dokumen terhadap teks karangan bertulis tanpa format akan digunakan. Dapatan kajian mendapati bahawa mereka memiliki kemahiran menulis dalam kadar yang baik dan memerlukan pendedahan supaya dapat menghasilkan kualiti penulisan yang mencapai tahap keterampilan menulis yang baik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |