Citation
Yuhastina
(2016)
Ranah-budi dalam novel Indonesia dan Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tesis ini merumuskan teori ranah-budi untuk menganalisis karya sastera dan budaya
untuk memahami perbezaan antara novel Indonesia dan Malaysia Kajian ini
menggunakan kaedah penelitian kualitatif untuk menafsirkan tindakan dan fikiran
tokoh dalam novel dalam memainkan elemen yang terkandung dalam ranah sumber
daya, ranah modal, dan ranah wacana pengetahuan. Kaedah ini bertujuan untuk
memperoleh makna agenda yang disampaikan melalui tokoh dalam konteks
keseluruhan cerita. Selain itu juga kajian ini menggunakan kaidah refleksif, untuk
memahami wacana pengetahuan yang dihasilkan dalam novel sebagai tanggapan
terhadap konteks kesejarahan dan kemasyarakatan yang ada.
Kajian ini memiliki objektif sebagai berikut : 1.Menafsirkan peranan dan pemaknaan
oleh tokoh cerita terhadap konteks ranah-budi yang meliputi ranah sumber daya,
ranah modal, dan ranah wacana pengetahuan. 2.Menafsirkan bagaimana ranah-budi
sebenar dihadirkan semula sebagai ranah-budi khayal dalam cerita novel untuk
merumuskan suatu agenda berupa wacana pengetahuan normatif, kritikal, dan
strategikal bagi kehidupan masyarakat yang terhubung melalui pembacanya.
3.Merumuskan ranah-budi dalam novel Indonesia dan Malaysia dalam memproduksi
agenda pengetahuan alternatif untuk menanggapi konteks yang berlaku dalam dunia
sebenar.
Kajian ini menemukan dan menyimpulkan adanya perbezaan yang mendasar antara
novel Indonesia dan Malaysia yang dikaji. Tokoh dalam novel Indonesia
menunjukkan peranan tokoh yang menonjol dalam memainkan hubungan antara
aspek ranah sumber daya kemanusiaan dan alam dengan ranah modal. Peranan tokoh
dalam ranah sumber daya spiritual, kurang begitu menonjol dibandingkan dengan
ranah sumber daya kemanusiaan dan alam, kecuali tokoh dalam karya HAMKA yang
menunjukkan adanya wacana keagamaan. Meskipun demikian, novel tersebut masih
menonjolkan aspek sumber daya kemanusiaan dan alam semesta. Lebih lanjut peranan tokoh dalam memainkan ranah modal dalam hubungannya dengan ranah
sumber daya kemanusiaan dan alam jauh lebih menonjol secara kualitatif
dibandingkan dengan ranah sumber daya spritual. Novel Malaysia lebih menonjolkan
peranan tokoh pada ranah sumber daya spiritual dibandingkan ranah sumber daya
kemanusiaan dan alam. Ranah modal dalam novel Malaysia juga lebih dihubungkan
dengan ranah sumber daya spiritual dibandingkan dengan ranah sumber daya
kemanusiaan dan alam.
Dalam konteks wacana tersebut, novel Indonesia lebih menghasilkan wacana
pengetahuan pengetahuan kritikal, dan strategikalnya dibandingkan dengan wacana
pengetahuan normatif. Manakala tokoh dalam novel Malaysia lebih menonjolkan
pentingnya wacana pengetahuan normatif dan wacana strategikalnya dibandingkan
wacana pengetahuan kritikal.
Novel Indonesia lebih menunjukkan agenda pengetahuan alternatif melalui wacana
pengetahuan kritikal dan strategikalnya sebagai tanggapan terhadap konteks sejarah
dan kemasyarakatannya. Manakala novel Malaysia lebih mewacanakan pengetahuan
alternatifnya dengan cara menonjolkan wacana pengetahuan normatif sebagai agenda
strategikalnya.
Kajian ini memiliki implikasi terhadap pengembangan cara pandang alternatif dalam
kajian sastera dan budaya. Teori ranah-budi memberikan sumbangan untuk
menemukan agenda wacana pengetahuan melalui penafsiran peranan tokoh cerita
dan peranannya dalam setiap ranah cerita.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |