UPM Institutional Repository

Cabaran penerbitan rancangan televisyen di Malaysia dalam mengaplikasikan media baru


Citation

Jamaluddin, Mohd Farizi (2013) Cabaran penerbitan rancangan televisyen di Malaysia dalam mengaplikasikan media baru. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Konsep pendigitalan televisyen telah memperlihatkan akan wujudnya inovasi media baru yang mengubah lanskap televisyen masa kini. Perubahan-perubahan ini adalah disebabkan oleh inovasi yang terhasil daripada konsep pendigitalan yang ternyata memberi kesan dan cabaran kepada pemain-pemain pasaran industri penyiaran televisyen di negara ini. Perkembangan teknologi dan jalur lebar masa kini dikatakan mampu merangsang pertumbuhan media baru yang menjadikan televisyen masa kini bukan sekadar televisyen biasa, tetapi lebih daripada itu. Kewujudan kepelbagaian convergence melalui penggabungan pelbagai jenis media menjadikan konsep pendigitalan sebagai salah satu yang harus dilakukan dalam menuju status negara maju. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran inovasi media baru terhadap penerbitan rancangan televisyen di Malaysia. Oleh itu penyelidik telah menggariskan beberapa objektif kajian untuk dicapai di akhir kajian ini nanti. Antara objektif tersebut ialah; (i) Mengenalpasti ciri-ciri yang mempengaruhi syarikat penerbitan terhadap penerimaan media baru; (ii) Mengenalpasti strategi dan amalan stesen televisyen tempatan dalam menghadapi cabaran inovasi media baru; (iii) Mengenalpasti persediaan syarikat produksi menghadapi cabaran inovasi media baru. Dengan menggunakan teori Difussion of Innovation yang diperkenalkan oleh (Roger 2003), penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual secara mendalam terhadap beberapa orang informan melibatkan pemain-pemain di dalam pasaran, seperti stesen televisyen, syarikat produksi dan beberapa buah syarikat media baru bagi mencapai objektif kajian yang diinginkan oleh penyelidik. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan syarikat penerbitan tempatan di negara ini mempunyai cabaran-cabaran yang terpaksa diharungi menjelang era penyiaran televisyen digital ini. Cabaran-cabaran tersebut mempunyai perkaitan antara syarikatsyarikat penerbitan rancangan televisyen yang memerlukan satu usaha sama bersepadu bagi menghadapi migrasi era pendigitalan tersebut. Hasil temubual yang dijalankan mendapati ciri-ciri media baru ternyata mempengaruhi penerbitan rancangan televisyen di Malaysia. Cabaran-cabaran seperti penetapan dasar oleh kerajaan perlu diputuskan segera dalam membantu syarikat penerbitan tempatan untuk lebih bersedia untuk menjalankan proses migrasi seperti yang diinginkan oleh kerajaan. Cabaran melibatkan isu-isu lama seperti hak pembayaran, royalty dan sebagainya perlu diputuskan oleh kerajaan dalam membantu syarikat penerbitan tempatan ini. Penyelidik juga mendapati strategi dan amalan stesen televisyen di negara ini turut berubah dengan wujudnya inovasi media baru di negara ini. Strategi yang dilaksanakan oleh stesen televisyen ini telah dijalankan dengan komprehensif bagi memastikan masyarakat massa turut menerima inovasi media baru yang dirangka oleh pihak stesen televisyen. Cabaran-cabaran seperti perbelanjaan besar dalam menampung kos operasi, saingan dari syarikat penerbitan media baru sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada stesen televisyen untuk terus kekal bersaing di dalam industri. Walau bagaimanapun hasil kajian mendapati inovasi media baru memberi kesan positif kepada pihak stesen televisyen terutama dalam proses penjanaan pendapatan terutama melibatkan stesen televisyen swasta. Kelebihan-kelebihan yang wujud ini telah digunakan sepenuhnya oleh stesen televisyen dalam memanfaatkan setiap peluang yang ada. Cabaran seperti aspek latihan dan penyelenggara teknologi media baru ini yang harus diberi penekanan oleh setiap stesen televisyen di negara ini. Hasil kajian juga mendapati tahap penerimaan syarikat-syarikat produksi terhadap inovasi media baru di negara ini juga masih diperingkat pemujukan. Keraguan penerbit yang mahukan isu-isu konvensional diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum keputusan penerimaan ledakan inovasi media baru di dalam industri penyiaran televisyen di negara ini dilaksanakan. Cabaran seperti perubahan teknologi yang pantas memerlukan syarikat produksi di negara ini perlu cekap dalam menguruskan perbelanjaan mengikut keperluan sesebuah produksi. Selain itu, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh syarikat produksi ialah keperluan untuk menyesuaikan setiap aplikasi media baru yang ada dengan dibantu oleh syarikat penerbitan aplikasi kandungan perlu dilaksanakan supaya setiap kelebihan yang wujud tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat produksi ini. Secara keseluruhannya, penyelidik berpendapat kemunculan inovasi media baru telah memberi kesan terhadap penerbitan rancangan televisyen di negara ini. Cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemain-pemain industri di negara ini telah mengubah amalan dan strategi yang telah di amalkan sebelum ini seiring dengan inovasi yang berlaku terhadap media komunikasi tersebut. Cabaran-cabaran inovasi ini memperlihatkan pemain-pemain industri perlu bersedia menghadapi era pendigitalan sepertimana yang dimahukan oleh kerajaan dalam menuju status negara maju.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2013 63 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Television programs - Malaysia
Subject: Television broadcasting - Malaysia
Call Number: FBMK 2013 63
Chairman Supervisor: Megat Al Imran Yasin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 26 Mar 2019 03:47
Last Modified: 26 Mar 2019 03:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67701
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item