UPM Institutional Repository

Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert


Citation

Mohd Radzi, Siti Ramizah Khairunnisa (2016) Impak rangsangan visual provokatif dalam Facebook terhadap perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Komunikasi berperantaraan komputer (KpK) tidak hanya digunakan sebagai medan interaksi atas talian malahan juga individu turut menggunakan KpK sebagai medan pameran emosi. Bukan itu sahaja, individu gemar menonton visual yang dikongsi oleh pengguna lain kerana perkongsian visual digambarkan sebagai sebuah dokumentari mengenai suatu peristiwa yang bermakna. Namun begitu, penggunaan laman sosial dikaitkan dengan personaliti yang berupaya menyembunyikan emosi masing-masing daripada pengetahuan pengguna yang lain. Dua personaliti dominan dalam bidang komunikasi adalah individu Introvert dan Ekstrovert. Laman sosial digunakan untuk tujuan interaksi namun perkongsian visual berbentuk provokatif oleh rakan-rakan dijangka mempengaruhi perubahan emosi mereka. Persoalannya, sejauh manakah pendedahan visual provokatif dalam laman sosial akan mempengaruhi perubahan emosi bagi individu Introvert dan Ekstrovert? Kajian ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan rekabentuk eksperimen Kawalan Pascauji. Sebuah kumpulan Facebook ‘Emosi dan EPQ’ telah diwujudkan dan seramai 60 orang subjek (30 Introvert dan 30 Ekstrovert) terdiri daripada pelajar berusia 20-29 tahun yang dipilih menerusi pensampelan bertujuan. Ke semua subjek ditambahmasuk ke dalam kumpulan dan dirangsang dengan sebuah visual provokatif. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik sebelum dan selepas. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (peratusan, purata dan sisihan piawai) dan ujian berpasangan Wilcoxon-Signed Rank Test. Hasil kajian menunjukkan bahawa rangsangan visual provokatif dalam Facebook telah meninggalkan kesan yang berbeza terhadap perubahan emosi bagi individu Introvert dan Ekstrovert. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap perubahan emosi individu Introvert (Z=-1.170, p=0.077) namun perubahan emosi bagi individu Ekstrovert adalah signifikan (Z=-2.099, p=0.036) selepas menonton visual provokatif tersebut. Majoriti individu Introvert dan Ekstrovert berhadapan dengan perubahan emosi yang lebih stabil. Individu Ekstrovert pula merupakan personaliti yang aktif dalam memberikan respons mengenai visual provokatif yang ditonton. Laman sosial seperti Facebook telah bertindak sebagai sebuah saluran yang membenarkan perkongsian pelbagai bahan rangsangan oleh rakan-rakan sehingga keadaan emosi mereka telah mempengaruhi interaksi sosial kedua-dua personaliti secara atas talian. Mesej yang terkandung dalam visual provokatif yang ditonton turut memainkan peranan dalam perubahan emosi individu Introvert dan Ekstrovert untuk menjadi lebih stabil atau tidak stabil.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 82 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Online social networks
Subject: Social networks - Computer network resources
Call Number: FBMK 2016 82
Chairman Supervisor: Jusang Bolong, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Mar 2019 06:44
Last Modified: 20 Mar 2019 06:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67674
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item