Simple Search:

Faktor audien sasaran sebagai penghalang keberkesanan kempen antimerokok


Citation

Abdullah, Siti Faidul Maisarah (2017) Faktor audien sasaran sebagai penghalang keberkesanan kempen antimerokok. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kempen Antimerokok telah menimbulkan pelbagai persoalan dari segi keberkesanannya terhadap masyarakat dan perlu dipertimbangkan dari segi pelan strategik berbanding pelan taktikal. Merujuk statistik terkini, 50% lelaki dan 13% wanita di Malaysia adalah perokok. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk memahami apakah faktor audien sasaran yang menjadi penghalang kepada keberkesanan kempen Antimerokok. Objektif kajian ini adalah; 1)Untuk mengenal pasti sikap yang dimiliki oleh audien sasaran yang terdiri daripada perokok, bekas perokok dan penganjur program terhadap keberkesanan program kempen Antimerokok 2)Untuk memahami bagaimana penglibatan audien sasaran yang terdiri daripada perokok, bekas perokok dan penganjur program dalam program kempen Antimerokok 3)Untuk memahami faktor komunikasi yang menghalang kepada keterlibatan audien sasaran yang terdiri daripada perokok, bekas perokok dan penganjur program dalam program Kempen Antimerokok. Teori yang telah digunakan sebagai panduan, iaitu Teori Penghakiman Sosial dan Model Huraian Kebarangkalian memberi signifikasi kepada perjalanan kajian. Menerusi hasil kajian dan perbincangan, beberapa kesimpulan telah diperoleh. Ianya merangkumi objektif kajian yang mengkaji halangan dari segi sikap, penglibatan, faktor komunikasi dan kesan semuanya kepada kempen. Kajian telah dijalankan di sekitar negeri Melaka dengan mengambil kira Melaka adalah negeri yang menjadi tumpuan pelancong serta mengamalkan konsep bandar teknologi hijau. Melaka juga merupakan negeri yang menyarankan serta melaksanakan kawasan larangan merokok dan sesiapa yang melanggar arahan akan dikenakan denda. Teknik yang digunakan untuk proses pengumpulan data dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu secara temubual mendalam. Seramai 15 orang informan telah dipilih dalam sesi tembubual mendalam berdasarkan tajuk kajian. Kesemua informan berada di sekitar Melaka dan mempunyai pengalaman serta pandangan yang bernas berkaitan halangan keberkesanan kempen Antimerokok Hasil temubual mendalam, sebanyak tujuh belas tema telah wujud berdasarkan kepada tiga persoalan kajian. Ringkasnya, berdasarkan kajian terhadap sikap perokok ,bekas perokok dan penganjur kempen Antimerokok di Melaka, tahap keberkesanan kempen dapat dilihat bahawa kempen Antimerokok ini boleh dikatakan berjaya kerana kempen memberi kesedaran terhadap audiens namun kebanyakan audiens tidak berubah seperti yang dinyatakan dalam objektif kempen Antimerokok. Kebanyakan perokok masih ada sedikit niat ataupun usaha mereka dalam mendekatkan diri untuk melakukan perubahan. Dengan wujudnya sikap itu, responden menjawab soalan bagi tema terakhir iaitu sikap bekas perokok yang mempengaruhi perokok dalam mendekati kempen. Ini jelas, menunjukkan bahawa sikap bekas perokok yang berasa bertanggung jawab dalam membantu untuk melakukan perubahan antara perokok melalui kempen. Peranan masyarakat amat penting untuk memaksimakan tahap kejayaan kempen untuk merubah persepsi orang ramai yang mengatakan kempen membosankan. Masyarakat perlu mengambil perhatian yang amat penting bagi menyokong kempen Antimerokok ini. Perkongsian pengalaman oleh bekas perokok juga sangat membantu dalam kempen Antimerokok. Mereka boleh berkongsi segala pengalaman, risiko, dan rintangan apabila mereka berhenti merokok. Orang ramai terutamanya perokok boleh berkongsi masalah yang terjadi kepada diri mereka serta boleh menerima pendapat oleh bekas perokok. Mereka boleh membuat sesi soal jawab diantara mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kajian tentang keterlibatan audien dengan program kempen Antimerokok ini harus diperbanyakkan lagi dengan mengambil kira kategori belia yang kini menjadi golongan sasaran terhadap kegiatan merokok.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2017 23 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Health education
Subject: Smoking - Prevention
Subject: Smoking - Malaysia
Call Number: FBMK 2017 23
Chairman Supervisor: Professor Md Salleh Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 11:02
Last Modified: 14 Mar 2019 11:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67442
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item