UPM Institutional Repository

Penggunaan kata adjektif dalam berita jenayah akhbar atas talian


Citation

Abd Nasir, Siti Noridayu (2017) Penggunaan kata adjektif dalam berita jenayah akhbar atas talian. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Berita jenayah adalah salah satu daripada rangkuman berita dalam akhbar di Malaysia. Antara akhbar yang menjadi kajian adalah Berita Harian Online dan Utusan Malaysia Online. Dalam berita jenayah yang dipaparkan, penggunaan kata adjektif penting untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang jenayah tersebut. Malahan, kajian ini berujuan mengkelaskan kata adjektif mengikut sembilan pengkelasan Tatabahasa Dewan dan mengaplikasikan aspek pengulangan dan sinonim dalam kohesi leksikal (Teori Hassan & Halliday 1976). Bagaimanapun, sampel kajian ini terbatas kepada berita dalam akhbar utama di Malaysia sahaja memandangkan terdapat akhbar yang menggunakan bahasa tidak formal. Antara jenis kata adjektif yang akan dianalaisis melalui akhbar atas talian, iaitu kata djektif sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kata adjektif waktu digunakan secara meluas kerana peranannya untuk menjawab bila kejadian jenayah berlaku. Sebaliknya, penggunaan kata adjektif pancaindera dan warna paling sedikit digunakan kerana tidak terlalu penting sebagai info berita jenayah. Adalah diharapkan kajian ini menjadi panduan kepada penulis berita jenayah secara khususnya dalam pemilihan kata adjektif yang sesuai dengan isu yang diolah.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 24 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language
Subject: Language and languages - Grammars
Call Number: FBMK 2017 24
Chairman Supervisor: Sharil Nizam Bin Sha’ri, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 03:07
Last Modified: 14 Mar 2019 03:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67439
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item