UPM Institutional Repository

Dialek dan jati diri masyarakat Besut dari sudut sosiolinguistik


Citation

Mustaffa, Siti Rahimah (2017) Dialek dan jati diri masyarakat Besut dari sudut sosiolinguistik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Masyarakat Besut ialah sebuah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting dalam menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini pada umumnya bertujuan untuk mengkaji peranan dialek dalam pembentukan jati diri anggota masyarakat di daerah Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, Mekanisme Perubahan Jati Diri dan Ciri Jati Diri Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf, dan Teori Gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis menurut pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam menetapkan jati diri mereka. Hal ini demikian kerana selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Akhir sekali, kajian ini memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan di Besut.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 25 IR.pdf

Download (543kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Sosiolinguistics
Call Number: FBMK 2017 25
Chairman Supervisor: Prof. Madya Raja Masittah binti Raja Ariffin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 03:09
Last Modified: 14 Mar 2019 03:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67438
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item