UPM Institutional Repository

Kesetandingan makna terjemahan berkomputer Arab-Melayu


Citation

Mohamad Romli, Taj Rijal (2017) Kesetandingan makna terjemahan berkomputer Arab-Melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian perbandingan teks antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu yang bertujuan mencari makna setanding untuk dijadikan model terjemahan. Kajian ini timbul berikutan masalah kualiti terjemahan yang ditawarkan oleh mesin terjemahan Google ditambah pula dengan faktor ketiadaan mesin terjemahan yang efektif yang dapat membantu usaha penterjemahan buku Arab ke bahasa Melayu. Kajian ini mengfokuskan kepada mengenal pasti data-data korpus Arab-Melayu setanding yang wujud dalam talian terbuka. Data-data ini dikumpulkan, diklasifikasikan dan dinilai mengikut tahap makna kesetandingan. Kajian terjemahan berkomputer ini akan memanfaatkan data-data korpus terbuka yang ditawarkan oleh perkhidmatan atas talian dan laman sesawang seperti perisian korpus Google, Webcorp, arabiCorpus dan Pangkalan Data Bahasa Melayu DBP. Metode pencarian data setanding akan menggunakan kaedah pencarian korpus setanding (comparable corpora) cerita sama dan cerita berkaitan yang diperkenalkan oleh Aker dan rakan-rakan (2012). Dapatan data-data setanding kemudiannya dinilai berdasarkan lima aras kesetandingan (equivalence) Baker (1992) iaitu aras perkataan, gabungan perkataan, aras tatabahasa, aras tekstual dan aras pragmatik. Mutu setiap tahap lima kesetandingan ini seterusnya dinilai terdasarkan tiga level Guidere (2002) iaitu Kesetandingan Kuat (KK), Kesetandingan Sederhana (KS) dan Kesetandingan Lemah (KL). Di peringkat akhir, data-data yang berada dalam tiga level Guidere akan dirumus untuk melihat nilai terjemahannya berdasarkan kaedah sama entiti dan sama peristiwa seperti yang diperkenalkan oleh Richard Sproat, Tao Tao dan ChengXiang Zhai (2006). Hasil daripada proses penapisan ini, banyak data yang setanding boleh dikategorikan mempunyai nilai kesetandingan makna terjemahan Arab-Melayu, bahkan boleh dijadikan model terjemahan yang bermutu kepada pelajar atau penterjemah amatur yang mengambil kursus terjemahan atau bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini diharap akan dimanfaatkan sebagai data leksikal untuk leksikografi Arab-Melayu dan pembinaan korpus setanding Arab- Melayu yang lebih besar pada masa akan datang.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 26 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Arabic language - Machine translating
Subject: Natural language processing (Computer science)
Subject: Malay language - Machine translating
Call Number: FBMK 2017 26
Chairman Supervisor: Abd Rauf Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 03:11
Last Modified: 14 Mar 2019 03:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67437
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item