Citation
Ismail, Azizul
(2017)
Bahasa tidak santun dalam penulisan blog politik di Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini, bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis bahasa yang
tidak santun dalam blog politik di Malaysia. Seterusnya, menghasilkan
Panduan Kesantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia untuk dijadikan
panduan kepada penulis dan pembaca blog politik. Penyelidikan ini
mengaplikasikan pendekatan Pengelasan Kata Jay,2000;Pinker,2008;
Wilson,1998 dan model Prinsip Kesantunan Leech (1983) dengan
menggunakan kaedah kajian kepustakaan, soal selidik, dan analisis teks
yang terdiri daripada 10 blog politik. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat 94 perkataan tidak santun yang dibahagikan kepada tujuh
kategori dengan 550 kekerapan secara keseluruhannya dalam blog
politik yang dikaji. Penyelidikan ini juga mendapati semua enam maksim
kesantunan Leech telah dilanggar oleh penulis dan pembaca blog politik
yang memberikan komen dalam blog politik yang dikaji. Kesimpulannya,
dapatan ini amat penting kepada penulis dan pengikut blog politik,
pengkaji bahasa serta masyarakat umum supaya hasil penulisan blog
politik mematuhi prinsip kesantunan bahasa.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |