UPM Institutional Repository

Penguasaan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di Malaysia


Citation

Wasik, Mohd Salleh (2017) Penguasaan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Joshi dalam bahasa Jepun memainkan peranan yang penting dalam menghubungkan perkataan bagi membina ayat yang sempurna. Mizutani (1987) menyatakan bahawa pelajar asing mudah membuat silap dan sukar membezakan joshi “de” dan “ni” kerana ia mempunyai fungsi yang hampir sama. Tambahan lagi, berdasarkan tinjauan literatur, didapati penggunaan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun mempunyai peratusan kesilapan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Di antara punca kesilapan yang dikenalpasti adalah kekeliruan pelajar terhadap fungsi joshi bahasa Jepun tersebut yang bersifat fleksibel dan kecenderungan pelajar berfikir dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dan fungsinya berdasarkan buku teks bahasa Jepun, menganalisis tahap pencapaian pelajar terhadap joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dan menghuraikan bentuk kesalahan pelajar berdasarkan teori perbandingan bahasa yang dibawa oleh Robert Lado berdasarkan soal selidik. Kajian ini berlandaskan teori linguistik kontrastif oleh Lado (1957) yang menyatakan bahawa pengaruh budaya serta bentuk makna bahasa ibunda mempengaruhi pembelajaran bahasa asing. Data untuk kajian ini adalah berdasarkan hasil penelitian terhadap buku teks bahasa Jepun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan soal selidik yang dijalankan ke atas 42 orang pelajar bahasa Jepun daripada sekolah menengah yang terpilih yang menawarkan pembelajaran subjek bahasa Jepun. Penganalisisan data adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa joshi “de” mempunyai 9 fungsi dan joshi “ni” mempunyai 29 fungsi dalam buku teks bahasa Jepun KPM. Terdapat 9 soalan yang mempunyai peratusan kesalahan melebihi daripada 50% dalam kalangan 42 responden terhadap ujian joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun. Kemudian, bentuk kesalahan adalah keliru dengan joshi “de” dan “ni” yang mempunyai maksud sama dengan kata sendi nama “di” bahasa Melayu serta mudah keliru dengan joshi “de” dan “ni” yang tiada makna dalam bahasa Melayu. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada komuniti pendidikan bahasa Jepun di Malaysia khususnya guru bahasa Jepun dalam membuat persiapan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pelajar menguasai bahasa Jepun.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 49 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Japanese language - Study and teaching - Malaysia
Subject: Japanese language
Call Number: FBMK 2017 49
Chairman Supervisor: Zaid Bin Mohd Zain, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 06:48
Last Modified: 14 Mar 2019 06:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67405
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item