Citation
Wasik, Mohd Salleh
(2017)
Penguasaan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Joshi dalam bahasa Jepun memainkan peranan yang penting dalam menghubungkan
perkataan bagi membina ayat yang sempurna. Mizutani (1987) menyatakan bahawa
pelajar asing mudah membuat silap dan sukar membezakan joshi “de” dan “ni” kerana
ia mempunyai fungsi yang hampir sama. Tambahan lagi, berdasarkan tinjauan literatur,
didapati penggunaan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun mempunyai peratusan kesilapan
yang tinggi dalam kalangan pelajar. Di antara punca kesilapan yang dikenalpasti adalah
kekeliruan pelajar terhadap fungsi joshi bahasa Jepun tersebut yang bersifat fleksibel
dan kecenderungan pelajar berfikir dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Objektif
kajian ini adalah untuk menjelaskan joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dan fungsinya
berdasarkan buku teks bahasa Jepun, menganalisis tahap pencapaian pelajar terhadap
joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun dan menghuraikan bentuk kesalahan pelajar
berdasarkan teori perbandingan bahasa yang dibawa oleh Robert Lado berdasarkan soal
selidik. Kajian ini berlandaskan teori linguistik kontrastif oleh Lado (1957) yang
menyatakan bahawa pengaruh budaya serta bentuk makna bahasa ibunda
mempengaruhi pembelajaran bahasa asing. Data untuk kajian ini adalah berdasarkan
hasil penelitian terhadap buku teks bahasa Jepun Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan soal selidik yang dijalankan ke atas 42 orang pelajar bahasa Jepun daripada
sekolah menengah yang terpilih yang menawarkan pembelajaran subjek bahasa Jepun.
Penganalisisan data adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa joshi “de” mempunyai 9 fungsi dan joshi “ni” mempunyai 29
fungsi dalam buku teks bahasa Jepun KPM. Terdapat 9 soalan yang mempunyai
peratusan kesalahan melebihi daripada 50% dalam kalangan 42 responden terhadap
ujian joshi “de” dan “ni” bahasa Jepun. Kemudian, bentuk kesalahan adalah keliru
dengan joshi “de” dan “ni” yang mempunyai maksud sama dengan kata sendi nama
“di” bahasa Melayu serta mudah keliru dengan joshi “de” dan “ni” yang tiada makna
dalam bahasa Melayu. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada komuniti
pendidikan bahasa Jepun di Malaysia khususnya guru bahasa Jepun dalam membuat
persiapan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pelajar menguasai bahasa Jepun.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |