UPM Institutional Repository

Kandungan dan struktur wacana dalam teks ucapan Persidangan Parlimen Mahasiswa


Citation

Mohd Salleh, Nurul Afifah Adila (2017) Kandungan dan struktur wacana dalam teks ucapan Persidangan Parlimen Mahasiswa. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memberi fokus terhadap kandungan wacana dan struktur Persidangan Parlimen Mahasiswa. Objektif kajian adalah untuk menghuraikan kandungan wacana dalam teks ucapan Persidangan Parlimen Mahasiswa 2015. Objektif seterusnya adalah untuk menjelaskan struktur ucapan dalam teks Persidangan Parlimen Mahasiswa 2015. Permasalahan kajian yang didapati ialah mahasiswa dilihat kurang mahir menggunakan bahasa dan gagal menguasainya dengan baik semasa bersosial dan kebanyakan pendengar mengalami masalah dalam memahami ucapan penutur berikutan kegagalan penutur menyampaikan makna serta melakukan penstrukturan ucapan dengan baik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan teks yang diambil dari buku Laporan Persidangan Parlimen Mahasiswa Sesi 2015. Sebanyak 20 teks ucapan yang terkandung dalam buku tersebut telah dipilih untuk dikaji. Seterusnya, kajian ini menggunakan Teori Analisis Wacana oleh Brown & Yule (1983) dan Teori Struktur Wacana Interaksi oleh Asmah Haji Omar (1987) yang akan diaplikasi pada bahagian keputusan dan perbincangan kajian. Dapatan kajian bagi objektif pertama ialah terdapat mahasiswa yang menggunakan keempat-empat elemen iaitu praandaian, implikatur, rujukan dan inferens dalam teks ucapannya. Namun, ada juga mahasiswa yang tidak menggunakan elemen implikatur dan rujukan. Dapatan kajian bagi objektif kedua pula ialah terdapat mahasiswa yang menggunakan kelimalima elemen struktur wacana interaksi iaitu pembuka, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab dan penutup. Namun, terdapat mahasiswa yang tidak menggunakan elemen pengenalan pemeran dan tanya jawab. Kesimpulannya, kandungan wacana persidangan parlimen mahasiswa ini boleh difahami maksudnya serta ucapan persidangan ini dilihat berstruktur.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 54 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Discourse analysis
Subject: Public speaking
Subject: Speech
Call Number: FBMK 2017 54
Chairman Supervisor: Professor Normaliza Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 07:03
Last Modified: 14 Mar 2019 07:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67397
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item