Citation
Ab Hadi, Siti Nur Izyandiyana
(2017)
Kesan perkongsian maklumat kesihatan dan kadar pencarian maklumat kesihatan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan ibu bapa.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Perkembangan pelbagai jenis laman sesawang di Internet yang menyediakan
perkhidmatan berkaitan kesihatan, memudahkan maklumat untuk dicari, difahami dan
dihasilkan semula oleh berjuta pengguna Internet di seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, pencarian maklumat di Internet di Malaysia adalah lebih
menjurus kepada hiburan, politik dan juga sukan tetapi tidak terfokus kepada maklumat
kesihatan. Perlindungan kesihatan seperti pencegahan penyakit berjangkit, dadah,
pemakanan dan sebagainya adalah masih di tahap yang membimbangkan. Oleh itu,
tahap perlindungan penyakit dapat ditingkatkan dengan adanya perkongsian maklumat
kesihatan dalam keluarga. Malah, perkongsian maklumat kesihatan yang dijalankan
dengan efektif akan mengubah tingkahlaku kesihatan mereka. Dengan menggunakan
Teori Model Pencarian Maklumat melalui Perantara Komputer dan Teori Model
Perubahan Tingkahlaku Transteoretikal, kajian ini melihat perhubungan antara amalan
pencarian maklumat kesihatan di Internet dan perkongsian maklumat tersebut dalam
kalangan ibu bapa di Malaysia dengan perubahan tingkahlaku kesihatan. Sebanyak 400
orang responden yang tinggal berhampiran akses kesihatan dan Internet terlibat dengan
kajian ini. Hasil kajian mendapati, faktor maklumat menyumbangkan 2.2% varians
terhadap pencarian maklumat kesihatan bagi sejumlah 400 orang responden kajian ini.
Ini bermakna faktor maklumat merupakan peramal utama yang menyebabkan ibu bapa
mencari maklumat kesihatan melalui Internet. Selain itu, pembolehubah kovariat iaitu
perkongsian maklumat kesihatan memberi kesan yang signifikan terhadap perkaitan
antara pola pencarian maklumat kesihatan dengan tiga aspek perubahan tingkahlaku
kesihatan, iaitu amalan gaya hidup, amalan pemakanan dan amalan pencegahan dan
perlindungan kesihatan. Oleh itu, pencarian maklumat kesihatan akan lebih berkesan
terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan dengan adanya perkongsian maklumat
kesihatan dalam kalangan ibu bapa.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |