UPM Institutional Repository

Pencapaian murid cemerlang sekolah rendah daerah Petaling Utama dalam kemahiran membaca bahasa Arab


Citation

Che Kob, Zulkifli (2017) Pencapaian murid cemerlang sekolah rendah daerah Petaling Utama dalam kemahiran membaca bahasa Arab. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada kemahiran asas bahasa yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah. Dapatan kajian di Malaysia menunjukkan salah satu kelemahan murid dalam mempelajari bahasa Arab ialah kegagalan membaca BA dengan baik. Bukti kelemahan ini dapat dilihat dalam aspek bacaan nyaring dan bacaan senyap. Kelemahan ini memberi kesan terhadap pembelajaran BA khususnya bagi murid-murid peringkat rendah. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk 1) mengukur tahap pencapaian kemahiran membaca BA dalam kalangan murid tahun 6, 2) menganalisis pencapaian murid dalam bacaan BA secara nyaring dan senyap, 3) mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiran membaca di antara murid lelaki dengan perempuan. Soalan ujian dijadikan instrumen dalam kajian ini. Ia dibina berasaskan dua teori utama iaitu Teori Tu‘aymah dan Teori Bottom-Up Reading. Seramai 200 orang murid tahun 6 dijadikan responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar responden (75%) berada pada tahap yang baik dalam kemahiran membaca secara keseluruhan. Sementara itu, majoriti murid dapat menyebut kelimalima aspek dalam bacaan nyaring. Manakala murid dapat menguasai dalam aspek pengetahuan makna perkataan dan didapati lemah dalam aspek penggunaan perkataan dalam ayat dalam bacaan senyap. Selain itu, kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dengan perempuan dalam bacaan nyaring tetapi ada perbezaan di antara mereka dalam bacaan senyap. Walau bagaimanapun wujud perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dengan perempuan dalam kemahiran membaca secara keseluruhan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 64 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Education, Primary
Subject: Arabic language - Study and teaching
Call Number: FBMK 2017 64
Chairman Supervisor: Associate Professor Abd Rauf bin Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 07:53
Last Modified: 14 Mar 2019 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67379
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item