Citation
Che Kob, Zulkifli
(2017)
Pencapaian murid cemerlang sekolah rendah daerah Petaling Utama dalam kemahiran membaca bahasa Arab.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada kemahiran asas
bahasa yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah. Dapatan kajian di
Malaysia menunjukkan salah satu kelemahan murid dalam mempelajari
bahasa Arab ialah kegagalan membaca BA dengan baik. Bukti kelemahan
ini dapat dilihat dalam aspek bacaan nyaring dan bacaan senyap.
Kelemahan ini memberi kesan terhadap pembelajaran BA khususnya bagi
murid-murid peringkat rendah. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk 1)
mengukur tahap pencapaian kemahiran membaca BA dalam kalangan murid
tahun 6, 2) menganalisis pencapaian murid dalam bacaan BA secara nyaring
dan senyap, 3) mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiran membaca
di antara murid lelaki dengan perempuan. Soalan ujian dijadikan instrumen
dalam kajian ini. Ia dibina berasaskan dua teori utama iaitu Teori Tu‘aymah
dan Teori Bottom-Up Reading. Seramai 200 orang murid tahun 6 dijadikan
responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar
responden (75%) berada pada tahap yang baik dalam kemahiran membaca
secara keseluruhan. Sementara itu, majoriti murid dapat menyebut kelimalima
aspek dalam bacaan nyaring. Manakala murid dapat menguasai dalam
aspek pengetahuan makna perkataan dan didapati lemah dalam aspek
penggunaan perkataan dalam ayat dalam bacaan senyap. Selain itu, kajian
mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dengan
perempuan dalam bacaan nyaring tetapi ada perbezaan di antara mereka
dalam bacaan senyap. Walau bagaimanapun wujud perbezaan yang
signifikan di antara murid lelaki dengan perempuan dalam kemahiran
membaca secara keseluruhan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |