UPM Institutional Repository

Keberkesanan kepimpinan menteri mentor dalam membangun komuniti mahasiswa universiti awam di Malaysia


Citation

Abdul Rahman, Mohamad Fathi (2016) Keberkesanan kepimpinan menteri mentor dalam membangun komuniti mahasiswa universiti awam di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang keberkesanan kepimpinan menteri mentor dalam membangun komuniti mahasiswa Universiti Awam (UA) di Malaysia. Program ini adalah bagi merapatkan lagi hubungan baik antara universiti dengan menteri kabinet. Ini juga merupakan antara usaha kerajaan untuk membolehkan anggota kabinet berinteraksi dengan para mahasiswa di kampus secara langsung bagi memberikan penjelasan mengenai dasar-dasar semasa kerajaan. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran (mixed methods) yang bersifat kualitatif dan kuantitatif. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan mudah bagi mendapatkan maklumat mudah, cepat dan berkesan. Kajian dijalankan di lima buah universiti penyelidik (RU) Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk menghuraikan hasil dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh kepimpinan menteri mentor dalam membangun komuniti mahasiswa dengan gaya kepimpinan yang sesuai dalam mempengaruhi peranan sebagai pemimpin. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor penyumbang keberkesanan kepimpinan menteri mentor iaitu merangkumi faktor kemudahan fizikal, sokongan sosial dan individu. Manakala terdapat juga faktor yang menghalang kepimpinan mereka bagi mencapai matlamat perlaksanaan program ini dalam universiti dengan jayanya. Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan kepimpinan menteri mentor faktor seperti kemudahan fizikal, sokongan sosial dan individu perlu digunakan dengan sebaik mungkin oleh menteri mentor supaya matlamat perlaksanaan program ini dapat dicapai dengan jayanya.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 36 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Leadership
Subject: Community college student development programs
Call Number: FEM 2016 36
Chairman Supervisor: Prof. Dato. Mohammad Shatar Bin Sabran, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 04 Mar 2019 06:49
Last Modified: 04 Mar 2019 06:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67366
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item