Citation
Hamli, Hadi and Idris, Mohd Hanafi and Rajaee, Amy Halimah and Mustafa Kamal, Abu Hena and Hoque, Mohammad Nesarul
(2017)
Indeks keadaan Meretrix lyrata (Sowerby 1851)dan hubungannya dengan paramater air di Sarawak.
Sains Malaysiana, 46 (4).
pp. 545-551.
ISSN 0026-6039
Abstract
Indeks keadaan (CI) digunakan untuk menganggar kitaran biologi pembiakan kekima Meretrix lyrata berdasarkan berat badan dan berat cengkerang. Nilai CI yang tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan berat badan kekima keras yang sepadan terhadap biologi pembiakan pada peringkat matang dan permulaan bertelur. Nilai CIM. lyrata dari Kampung Buntal, Kuching, Sarawak mempunyai tiga puncak tertinggi dalam tempoh 12 bulan kajian, iaitu pada Mei dan Oktober 2013 serta Mac 2014. Nilai CI terendah diperhatikan pada September dan November 2013 serta April 2014. Hanya parameter air nitrogen ammonia didapati berkait secara ketara dengan nilai CI. Aplikasi CI adalah penting untuk menganggar kematangan gonad kekima keras bagi memudahkan aktiviti pemeliharaan melalui penuaian kekima keras selain daripada masa kematangan gonad dan bertelur.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Indeks keadaan Meretrix lyrata (Sowerby 1851)dan hubungannya dengan paramater air di Sarawak.pdf
Download (5kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |