UPM Institutional Repository

Kesedaran dan persepsi murid-murid mengenai isu dan pendidikan alam sekitar di sekolah menengah terpilih di Johor Bahru, Malaysia


Citation

Wan Yaacob, Wan Azhar (2012) Kesedaran dan persepsi murid-murid mengenai isu dan pendidikan alam sekitar di sekolah menengah terpilih di Johor Bahru, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Objektif kajian ini untuk menilai tahap pengetahuan murid terhadap isu alam sekitar, menilai tahap sikap murid terhadap isu alam sekitar, mengkaji perbezaan tahap pengetahuan dan sikap murid terhadap isu alam sekitar dan mengkaji persepsi murid terhadap tujuan, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penerapan nilai murni Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran Geografi dan mata pelajaran lain di sekolah. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan kaedah tinjauan. Kajian melibatkan 532 orang murid Tingkatan Empat di enam buah sekolah menengah di bandaraya Johor Bahru. Mereka dipilih menggunakan kaedah persampelan berkelompok daripada populasi pelajar seramai 1330 orang. Keputusan kajian tentang tahap pengetahuan murid secara keseluruhannya menurut nilai skor min berada pada tahap sederhana (10.21). Tahap pengetahuan murid mengikut jantina juga berada pada tahap sederhana iaitu lelaki (10.50) dan perempuan (9.94). Perbandingan tahap pengetahuan murid mengikut pencapaian akademik, mendapati murid yang memperolehi keputusan Geografi yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi (11.28) manakala murid yang memperolehi keputusan yang rendah (gred C-E) mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana ( 8.50–9.47). Perbandingan tahap pengetahuan murid mengikut latar belakang pendidikan bapa mereka berbeza ialah berada pada tahap sederhana (8.50-10.05) kecuali latar belakang pendidikan bapa mereka yang berada pada peringkat universiti mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi (10.70). Tahap pengetahuan murid bagi kumpulan pelajar yang ibu mereka mempunyai tingkat pendidikan yang berbeza adalah berada pada tahap sederhana (9.40-10.59).Keputusan kajian tentang tahap sikap murid secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi iaitu nilai skor minnya 4.27. Tahap sikap murid mengikut jantina berada pada tahap sederhana (2.86). Tahap sikap murid mengikut pencapaian akademik menunjukkan kumpulan murid yang memperolehi gred A-D dalam Geografi pada peringkat PMR mempunyai tahap sikap yang sederhana (2.36-2.89). Murid yang memperolehi gred E pula mempunyai tahap sikap yang rendah (2.00). Perbandingan tahap sikap murid mengikut latar belakang pendidikan ibu dan bapa pula mendapati kumpulan murid yang ibu dan bapa mereka mempunyai tingkat pendidikan yang berbeza berada pada tahap sederhana (2.55-3.00). Secara keseluruhannya persepsi murid terhadap tujuan dan matlamat, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran Geografi dan mata pelajaran lain di sekolah adalah bersetuju dengan nilai skor minnya antara 3.14-4.56 kecuali item tujuan dan matlamat Pendidikan Alam Sekitar boleh mewujudkan sikap anti pembangunan (3.00). Kesimpulannya ialah walaupun unsur Pendidikan Alam Sekitar telah diterapkan dalam mata pelajaran Geografi di sekolah sejak tahun 1980 an lagi, namun masih belum memberi kesan positif terhadap tahap pengetahuan murid. Harus dilakukan sesuatu yang drastik agar tahap pengetahuan murid dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat melahirkan murid yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi tentang isu alam sekitar.


Download File

[img]
Preview
Text
FPAS 2012 26 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Environmental education - Malaysia - Johor Bahru
Subject: Environmental education
Call Number: FPAS 2012 26
Chairman Supervisor: Rosta Binti Harun
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 26 Feb 2019 06:36
Last Modified: 26 Feb 2019 06:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67263
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item