UPM Institutional Repository

Sikap, pengetahuan dan komitmen ahli terhadap program rakan cop serta kesan kepada diri dan masyarakat


Citation

Sulaiman, Suffian (2012) Sikap, pengetahuan dan komitmen ahli terhadap program rakan cop serta kesan kepada diri dan masyarakat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi ahli Rakan Cop Kuala Lumpur terhadap keberkesanan program Rakan Cop yang telah ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat sikap, pengetahuan, komitmen dan kerjasama ahli Rakan Cop terhadap program dan kesannya kepada diri dan masyarakat. Terdapat empat objektif khusus yang telah dibentuk iaitu (a) mengenal pasti tahap kesan program Rakan Cop, (b) mengenal pasti tahap sikap, pengetahuan, komitmen dan kerjasama ahli terhadap program Rakan Cop, (c) menentukan perbezaan terhadap kesan program Rakan Cop berdasarkan faktor gender dan etnik, dan (d) menentukan perkaitan antara pemboleh ubah sikap, pengetahuan, komitmen dan kerjasama terhadap kesan program Rakan Cop.Soal selidik yang dibentuk berdasarkan adaptasi kajian terdahulu, diolah mengikut kesesuaian konteks dan dijalankan pra-uji bagi menentukan nilai kebolehpercayaan. Pengumpulan data secara bersemuka digunakan bagi mendapatkan data. Sampel kajian ini terdiri daripada 384 orang ahli Rakan Cop dan dipilih menggunakan teknik persampelan berkelompok berdasarkan ciri-ciri responden yang ditetapkan. Lokasi pengumpulan data pula adalah berdasarkan perbincangan penyelidik dengan Bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur meliputi lima (5) kawasan tumpuan utama seperti Sentul, Dang Wangi, Brickfields, Bangsar dan Cheras.Responden (ahli Rakan Cop) memberikan penilaian yang sangat baik kepada pemboleh ubah bersandar iaitu Keberkesanan Program Rakan Cop yang meliputi dua (2) aspek iaitu keberkesanan program Rakan Cop terhadap individu (M=3.99) dan terhadap masyarakat (M=4.00). Dapatan serupa juga diperoleh bagi semua pemboleh ubah bebas yang dikaji meliputi pemboleh ubah persepsi (M=3.87), pemboleh ubah pengetahuan (M=3.91), pemboleh ubah komitmen (M=3.96) dan pemboleh ubah kerjasama (M=3.96). Analisis korelasi pearson dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Bagi keberkesanan program Rakan Cop terhadap individu, didapati semua pemboleh ubah iaitu Persepsi, Pengetahuan, Komitmen, dan Kerjasama ahli terhadap program Rakan Cop ini menunjukkan perkaitan yang signifikan, hubungan yang sederhana dan positif. Manakala bagi keberkesanan program Rakan Cop terhadap masyarakat, didapati semua pemboleh ubah bebas menunjukkan nilai korelasi r yang lebih tinggi berbanding keberkesanan program Rakan Cop terhadap diri responden.Akhirnya penyelidik mencadangkan kepada Unit Rakan Cop (PDRM) supaya lebih aktif dalam menjalankan kempen dan program pendidikan serta latihan-latihan asas kepada masyarakat umum supaya mereka lebih matang dalam mengurus jenayah sebelum ketibaan pihak polis di lokasi berlakunya jenayah. PDRM juga perlu berusaha memberi imej yang positif di kalangan warga masyarakat agar masyarakat yakin dan lebih bersedia untuk melibatkan diri dan memberi komitmen dalam program-program Rakan Cop.


Download File

[img]
Preview
Text
IPSS 2012 7 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Police - Attitudes
Subject: Police - community relations
Call Number: IPSS 2012 7
Chairman Supervisor: Jamilah Othman, PhD
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 20 Feb 2019 07:00
Last Modified: 20 Feb 2019 07:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67124
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item