UPM Institutional Repository

Tingkah laku kejurulatihan dalam kalangan jurulatih sepenuh masa di Malaysia


Citation

Tor, Sock Wei (2016) Tingkah laku kejurulatihan dalam kalangan jurulatih sepenuh masa di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tingkah laku kejurulatihan dalam kalangan jurulatih sepenuh masa di Malaysia. Seramai 1087 orang atlet dan 72 orang jurulatih dari Sekolah Sukan, liga hoki, liga perdana bola sepak, liga super bola sepak, dan kelab gimnastik terlibat dalam kajian ini. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik Coaching Behavior Scale for Sport (CBS-S, 1999) bagi mengukur tingkah laku kejurulatihan. Analisis deskriptif dan ujian-t digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Analisis tingkah laku secara keseluruhan menunjukkan bahawa sub-skala kemahiran teknikal berada di kedudukan pertama (M= 5.36, SD= .96), diikuti dengan persediaan mental (M= 5.18, SD= 1.10), latihan suaian fizikal (M= 5.08, SD= .91), penetapan matlamat (M= 5.08, SD= 1.10), hubungan peribadi (M= 4.98, SD= .86), strategi pertandingan (M= 4.96, SD= .89) dan hubungan peribadi negatif (M= 2.96, SD= 1.49). Analisis ujian-t Welch menunjukkan hanya penetapan matlamat (p < 0.05) dan hubungan peribadi (p < 0.05) mempunyai perbezaan yang signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. Bagi atlet pelajar dan atlet bukan pelajar terdapat perbezaan signifikan bagi ketujuhtujuh sub-skala yang diuji. Manakala, tidak terdapat perbezaan signifikan antara atlet sukan individu dan sukan berpasukan bagi semua sub-skala tingkah laku kejurulatihan. Kesimpulannya, terdapat perbezaan signifikan dalam sub-skala penetapan matlamat dan hubungan peribadi di antara atlet berbeza jantina kerana jurulatih lebih kerap berbincang dengan atlet lelaki yang bersifat bersaing untuk mencapai matlamat prestasi. Manakala, bagi atlet pelajar dan bukan pelajar terdapat perbezaan signifikan dalam kesemua tingkah laku kerana perbezaan perkembangan fizikal dan mental atlet pada setiap peringkat umur. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tingkah laku di antara atlet sukan individu dan sukan berpasukan yang mungkin disebabkan oleh kebanyakan jurulatih mengutamakan kemahiran teknikal dalam semua jenis sukan. Dapatan kajian membantu memberi maklum balas yang praktikal dan berkesan kepada jurulatih tentang tingkah laku kejurulatihan mereka dan membolehkan jurulatih menggunakan maklumat ini dalam perancangan latihan dan semasa pertandingan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2016 53 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Coaching (Athletics) - Malaysia
Subject: Coaching (Athletics) - Psychological aspect
Call Number: FPP 2016 53
Chairman Supervisor: Kok Lian Yee, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 19 Feb 2019 06:52
Last Modified: 19 Feb 2019 06:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67116
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item