Citation
Tor, Sock Wei
(2016)
Tingkah laku kejurulatihan dalam kalangan jurulatih sepenuh masa di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tingkah laku kejurulatihan dalam
kalangan jurulatih sepenuh masa di Malaysia. Seramai 1087 orang atlet dan
72 orang jurulatih dari Sekolah Sukan, liga hoki, liga perdana bola sepak, liga
super bola sepak, dan kelab gimnastik terlibat dalam kajian ini. Kajian tinjauan
ini menggunakan soal selidik Coaching Behavior Scale for Sport (CBS-S,
1999) bagi mengukur tingkah laku kejurulatihan. Analisis deskriptif dan ujian-t
digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi.
Analisis tingkah laku secara keseluruhan menunjukkan bahawa sub-skala
kemahiran teknikal berada di kedudukan pertama (M= 5.36, SD= .96), diikuti
dengan persediaan mental (M= 5.18, SD= 1.10), latihan suaian fizikal (M=
5.08, SD= .91), penetapan matlamat (M= 5.08, SD= 1.10), hubungan peribadi
(M= 4.98, SD= .86), strategi pertandingan (M= 4.96, SD= .89) dan hubungan
peribadi negatif (M= 2.96, SD= 1.49). Analisis ujian-t Welch menunjukkan
hanya penetapan matlamat (p < 0.05) dan hubungan peribadi (p < 0.05)
mempunyai perbezaan yang signifikan antara atlet lelaki dan perempuan. Bagi
atlet pelajar dan atlet bukan pelajar terdapat perbezaan signifikan bagi ketujuhtujuh
sub-skala yang diuji. Manakala, tidak terdapat perbezaan signifikan
antara atlet sukan individu dan sukan berpasukan bagi semua sub-skala
tingkah laku kejurulatihan.
Kesimpulannya, terdapat perbezaan signifikan dalam sub-skala penetapan
matlamat dan hubungan peribadi di antara atlet berbeza jantina kerana
jurulatih lebih kerap berbincang dengan atlet lelaki yang bersifat bersaing
untuk mencapai matlamat prestasi. Manakala, bagi atlet pelajar dan bukan
pelajar terdapat perbezaan signifikan dalam kesemua tingkah laku kerana
perbezaan perkembangan fizikal dan mental atlet pada setiap peringkat umur.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tingkah laku di antara
atlet sukan individu dan sukan berpasukan yang mungkin disebabkan oleh kebanyakan jurulatih mengutamakan kemahiran teknikal dalam semua jenis
sukan. Dapatan kajian membantu memberi maklum balas yang praktikal dan
berkesan kepada jurulatih tentang tingkah laku kejurulatihan mereka dan
membolehkan jurulatih menggunakan maklumat ini dalam perancangan latihan
dan semasa pertandingan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |