Citation
Sulaiman, Abdul Hadi and Othman, Jamilah and Hassan, Md. Salleh and Lukman, Inon Beydha
(2009)
Konflik komunikasi antarabudaya: pola komunikasi dan strategi pengurusan konflik komunikasi di kalangan majikan Malaysia dan PRA Indonesia.
In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2009, 19 Nov. 2009, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 167-178).
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan perihal pola komunikasi dan strategi pengurusan konflik komunikasi di kalangan Pembantu rumah asing (PRA) Indonesia dan Majikan Malaysia. Kajian tinjauan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik ini
dilaksanakan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 110 pasang (majikan dan PRA) sekitar Kuala Lumpur dipilih sebagai responden kajian ini menggunakan teknik persampelan mudah dan rantaian bertujuan. Bagi dapatan kajian berkaitan pola komunikasi, data menunjukkan bahawa majikan dan PRA sama-sama mengamalkan komunikasi konteks tinggi dan juga mengutamakan komunikasi dua hala. Manakala bagi strategi pengurusan konflik komunikasi pula majikan lebih mengamalkan strategi dominasi manakala PRA lebih mengamalkan strategi mengelak. Cadangan kajian menekankan agar majikan dan PRA sama-sama berusaha mengenal pasti budaya dan cara hidup masing-masing agar penerimaan dan adaptasi budaya dapat berlaku lalu membawa keharmonian dalam perhubungan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |