UPM Institutional Repository

Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua


Citation

Alavi, Khadijah and Md. Sail, Rahim and Idris, Khairuddin and Abu Samah, Asnarulkhadi and Chan, Christine (2009) Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua. In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2009, 19 Nov. 2009, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 137-150).

Abstract

Peningkatan bilangan warga tua di Malaysia (60 tahun ke atas) akan mencapai paras 2.2 juta orang atau 9.5% menjelang tahun 2020. Statistik ini akan membawa satu dimensi baru berkaitan dengan penjagaan warga tua dalam kalangan anak dewasa. Anak-anak dewasa pula, selain daripada menghadapi bebanan untuk menyara keluarga sendiri, terpaksa menyara orang tua mereka yang mana kosnya semakin hari semakin meningkat. Kertas kerja ini meninjau aspek sokongan emosional dan timbal balik dalam hubungan anak dewasa (penjaga) dengan warga tua menggunakan pendekatan teori pertukaran sosial. Kaedah survei telah digunakan untuk mengumpul data daripada 640 orang anak dewasa daripada etnik Melayu, Cina dan India. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 65% (bandar) dan 59.7% (luar bandar) anak dewasa yang menjaga warga tua adalah anak dewasa perempuan yang majoritinya telah berkahwin dan mempunyai anak antara 1 ke 3 orang. Majoriri responden luar bandar (92.8%) dan 43.1% responden bandar tinggal bersama dengan warga tua yang dijagainya dan kerelaan untuk menjadi penjaga kepada warga tua adalah merupakan pilihan mereka sendiri. Pasangan penjaga merupakan pemberi bantuan fizikal dan emosional utama dalam proses penjagaan warga tua.


Download File

[img] Text
IPSAS_2009-9.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (188kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Emotional support; Adult children; Elderly
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:30
Last Modified: 06 Mar 2019 05:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66936
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item