UPM Institutional Repository

Modal insan dalam kalangan ketua keluarga Orang Asli Malaysia


Citation

Abu Samah, Asnarulkhadi and Md. Sail, Rahim and Hamsan, Hanina Halimatusaadiah and Mansor, Mariani and Emby, Zahid and Adnan, Ja'afar and Othman, Jamilah and Mohamed, Nur Fauziana (2009) Modal insan dalam kalangan ketua keluarga Orang Asli Malaysia. In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2009, 19 Nov. 2009, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 70-91).

Abstract

Modal insan atau modal manusia tidak seperti modal semulajadi yang semakin merosot apabila digunakan. Sebaliknya, modal insan yang terdiri daripada individu manusia menjadi semakin matang, berkualiti dan utuh apabila melalui pelbagai pengalaman, keadaan dan cabaran. Setiap individu berpotensi menyumbang dan menjadi stok modal insan yang berguna tanpa mengira had batasan geografi dari mana individu atau komuniti itu berasal. Kertas kerja ini membincangkan modal insan dalam kalangan ketua keluarga Orang Asli. Tiga elemen modal insan diberi tumpuan dalam artikel ini iaitu kemahiran (warisan dan yang dipelajari), kesediaan kognitif (nilai, kepercayaan dan sikap), dan tingkah laku prososial (daya saing, semangat kolektif dan nilai sosial positif). Umumnya, warga minoriti Orang Asli berpotensi menyediakan stok modal insan. Mereka berkeupayaan menerima kemahiran baru, bersedia menerima perubahan, berkeyakinan boleh berubah dan bersikap positif terhadap kemajuan. Jika didorong dan dipimpin dengan bijak, komuniti Orang Asli yang sering dianggap sebagai kelompok yang terpinggir dalam arus pembangunan, boleh membangun dan maju kerana mereka juga memiliki tingkah laku prososial seperti berdaya saing, boleh bekerja secara kolektif, disamping mengekalkan nilai sosial yang murni.


Download File

[img] Text
IPSAS_2009-4.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (223kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Human Ecology
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Human capital; Orang Asli; Skills; Cognitive preparation; Prosocial behavior
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:30
Last Modified: 06 Mar 2019 05:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66930
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item