UPM Institutional Repository

Pendekatan psikologi untuk membangunkan usahawan belia: penerimaan dan aplikasi instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia


Citation

Kasa, Aishah and Hamzah, Azimi and Mohamed, Zainal Abidin (2009) Pendekatan psikologi untuk membangunkan usahawan belia: penerimaan dan aplikasi instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia. In: Seminar Hasil Penyelidikan IPSAS 2009, 19 Nov. 2009, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 6-33).

Abstract

Keperluan untuk membangunkan instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia bagi menentukan ketepatan untuk membuat pemilihan belia-belia menceburi dalam bidang keusahawanan adalah ketara. Instrumen pengukuran psikologi merupakan kaedah terbaik kerana berupaya memberi penilaian yang tepat dan mendalam berbanding dengan kaedah lain. Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan objektif kajian iaitu membangunkan instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia mengikut budaya dan acuan tempatan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif berlandaskan prosedur standard yang membolehkannya kurang dipengaruhi bias. Enam dimensi dan 16 subdimensi telah dihasilkan melalui pendekatan kualitatif. Dimensi dan sub-dimensi yang terdapat di dalam instrumen ini mengandungi niat untuk berkeusahawanan, minat untuk berkeusahawanan, kompetensi keusahawanan, personaliti keusahawanan, religiositi keusahawanan dan efikasi keusahawanan yang ada kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati kesahan kandungan instrumen pengukuran psikologi adalah tinggi apabila 89 peratus item di dalam instrumen ini telah dipersetujui oleh arbiter. Sejumlah 80 item telah dianalisis dan telah memperoleh nilai alpha Cronbach bagi setiap item di antara .946 hingga .948. Dari segi kebolehpercayaan, instrumen ini telah memperoleh nilai alpha Cronbach .948. Hasil kajian mendapati kesemua 80 item di dalam instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia adalah bermutu dan boleh dipercayai. Adalah dicadangkan kepada pihak agensi pembangunan usahawan di negara ini untuk mengaplikasikan instrumen ini bagi memilih individu yang tepat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan.


Download File

[img] Text
IPSAS_2009-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (202kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia
Keywords: Psychology measurement instrument; Malaysian youth entrepreneur
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Mar 2019 05:29
Last Modified: 06 Mar 2019 05:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66921
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item