Citation
Ibrahim, Norasyikin
(2016)
Kesan perantaraan perilaku tabiat pelajar dan hubungan antara faktor peramal terhadap perilaku penggunaan sebenar telefon bimbit dalam aktiviti akademik.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini tertumpu kepada kesan perantaraan perilaku tabiat pelajar dalam hubungan
antara faktor peramal (jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan pengaruh sosial) dan
perilaku penggunaan sebenar telefon bimbit dalam aktiviti akademik. Kajian ini telah
diadaptasi daripada Teori Penyatuan Penerimaan dan Penggunaan Teknologi
(UTAUT), Teori Penyatuan Penerimaan dan Penggunaan Teknologi 2 (UTAUT2) dan
Teori Perilaku Tabiat. Dalam kajian ini, perilaku tabiat merupakan konstruk
perantaraan untuk menggantikan niat perilaku untuk menguji penggunaan sebenar
telefon bimbit dalam aktiviti akademik. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan
diskriptif dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini dilakukan
sepenuhnya di kampus Universiti Putra, Serdang, Malaysia. Analisis deskripitif
digunakan untuk menganalisis setiap pembolehubah. Seterusnya, mengikut cadangan
kajian ini, analisis statistik lanjutan iaitu, Structural Equation Modeling (SEM) telah
digunakan untuk menguji kesesuaian model.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan perantaraan secara langsung yang
signifikan dalam hubungan antara pengaruh sosial (β=0.146, p=0.000) dengan
penggunaan sebenar telefon bimbit dalam aktiviti akademik. Kajian ini juga mendapati
ada kesan perantaraan tidak langsung yang signifikan dalam hubungan antara jangkaan
prestasi (β=0.238, p=0.00) dan jangkaan usaha (β=0.089, p=0.032) dengan perilaku
penggunaan sebenar telefon bimbit dalam aktiviti akademik. Tambahan lagi, faktor
peramal juga dilihat mempunyai kesan yang signifikan ke atas konstruk perantara
perilaku tabiat dengan jangkaan prestasi (β=.866, p<0.001), jangkaan usaha (β= -.370,
p<0.05) dan pengaruh sosial (β= .499, p<0.001). Keputusan ini juga menjelaskan
44.9% varian kesan langsung faktor peramal (jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan
pengaruh sosial) ke atas perilaku tabiat sementara faktor peramal (jangkaan prestasi,
jangkaan usaha, pengaruh sosial dan perilaku tabiat) menjelaskan nilai 20.4% varian
terhadap perilaku penggunaan sebenar dalam aktiviti akademik. Kajian ini telah
menyumbang idea secara teoritikal dalam menguji penggunaan teknologi berdasarkan
perilaku tabiat dalam penerimaan teori penggunaan teknologi khususnya dalam
penggunaan telefon bimbit. Kajian ini juga turut menyumbang idea dari sudut praktikal
khususnya dalam bidang teknologi pendidikan untuk meningkatkan penggunaan
teknologi dalam aktiviti akademik. Hal ini adalah konsisten dengan dapatan kajian ini
iaitu, penggunaan telefon bimbit telah memberi kesan terhadap perilaku tabiat pelajar
dalam aktiviti akademik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |