UPM Institutional Repository

"Kemiskinan & kerentanan": penelitian konsep dan pengukuran dalam era revolusi industri 4.0


Citation

Paim, Laily (2017) "Kemiskinan & kerentanan": penelitian konsep dan pengukuran dalam era revolusi industri 4.0. [Inaugural Lecture]

Abstract

Persoalan mengapa kemiskinan berterusan wujud sentiasa menjadi perbahasan akademia, penggubal polisi dan pelaksana program. Menjadi tanggungjawab penyelidik sains sosial untuk membentuk satu pengukuran kemiskinan yang bukan hanya menggabungkan elemen subjektif dan objektif, mengambil kira pelbagai dimensi, malahan juga melihat kepada kemungkinan berhadapan risiko. Buku ini membincangkan konsep dan pengukuran kemiskinan dan kerentanan serta kesan Revolusi Industri ke atas kemiskinan. Di samping itu, empat kajian empirikal yang dijalankan berkaitan kemiskinan dan kerentanan dalam kalangan isi rumah rentan, petani luar bandar, nelayan dan penerima bantuan tunai juga dikongsikan untuk memahami isu kemiskinan dan kerentanan dengan lebih terperinci. Pengukuran kemiskinan yang tepat, sahih dan praktikal dapat membantu pembuat polisi, pelaksana program pembangunan dan penyedia peruntukan membuat keputusan yang tepat. Pengukuran kemiskinan sedia ada tidak terlepas daripada kesilapan ketakmasukan (under-coverage) dan limpahan-liputan (over-coverage) dalam mengenal pasti isi rumah miskin dan rentan. Seterusnya mengurangkan kejayaan usaha membasmi kemiskinan. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Untuk mengurangkan kadar kemiskinan, pertamanya mestilah ada pengukuran yang baik. Oleh itu, membina pengukuran yang jitu adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk mengetahui skop dan di mana usaha dan tenaga patut ditumpukan untuk membasmi kemiskinan. Mengukur kemiskinan tidak semudah menyebutnya. Bukan hanya kerana masalah data, malahan juga kerana terlalu banyak takrifan mengenai orang miskin. Bahkan persoalan tentang definisi keperluan asas dan pendapatan yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah dengan komposisi ahli yang berbeza dan tinggal di lokasi yang berbeza masih dibincangkan. Pendapatan garis kemiskinan Malaysia perlu disemak dari semasa ke semasa dan perlu mengambil kira item dan peratusan perbelanjaan penting masa kini seperti pembelian rumah, pengasuh dan komunikasi. Definisi lalu yang tertumpu kepada perbelanjaan makanan, pakaian dan tempat tinggal mungkin sudah tidak sesuai lagi. Membasmi kemiskinan dengan memfokuskan isi rumah rentan boleh menyelesaikan masalah kemiskinan dengan lebih cekap dan berkesan. Membina konsep dan pengukuran kemiskinan menjadi semakin penting dalam fasa Revolusi Industri 4.0 ini. Begitu juga usaha membasmi kemiskinan semakin mencabar kerana kesan Industri Revolusi terdahulu masih berterusan, ditambah dengan kesan daripada Revolusi Industri 4.0.


Download File

[img]
Preview
Text
20181019172347PROF._LAILY_INAUGURAL.pdf

Download (3MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Inaugural Lecture
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Poverty measurement; Industrial revolution 4.0
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:34
Last Modified: 04 Mar 2019 00:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66834
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item