UPM Institutional Repository

Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia


Citation

Dawi, Noor Fadilah (2016) Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penggunaan ‘aku’ merupakan salah satu aspek berbahasa yang penting dalam perbualan seharian kerana penggunaan yang salah akan menggambarkan individu itu tidak santun dalam berbahasa. Penggunaan ‘aku’ dalam perbualan juga akan menimbulkan implikasi sosial sekiranya tidak digunakan mengikut kesesuaian konteks dan budaya. Hal ini kerana ‘aku’ dikaitkan penggunaannya dengan pesapa yang akrab iaitu mempunyai hubungan rapat atau setaraf sahaja dengan penyapa. Penggunaannya akan dianggap kasar jika digunakan terhadap pesapa yang perlu dihormati. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian pengkaji, penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat di Sabah tidak hanya digunakan dalam hubungan yang akrab atau setaraf bahkan terhadap orang yang perlu dihormati termasuklah kepada ibu bapa sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan ‘aku’ bagi masyarakat di Sabah, khususnya masyarakat Lahad Datu akan dikaji dalam tesis ini. Kajian dilakukan berdasarkan tiga objektif, iaitu untuk mengenal pasti penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu mengikut status dan usia, menganalisis penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu menggunakan Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) dan merumuskan penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu. Untuk itu, kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Penggunaan Model Sistem Sapaan Mengikut Pasangan atau Diad serta Tahapnya (Amat Juhari Moain, 1989) dan Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) pula dijadikan sebagai panduan dalam proses penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu bukan sahaja digunakan terhadap individu yang akrab atau setaraf dengan mereka, tetapi juga terhadap ahli dalam keluarga asas, ahli dalam keluarga lebih luas dan ahli dalam komuniti lebih luas. Penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu juga dapat dimanifestasikan penggunaannya dalam lima konteks, iaitu konteks kesantunan, konteks kekuasaan, konteks keakraban, konteks kemesraan dan konteks kekitaan. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa ‘aku’ digunakan oleh masyarakat Lahad Datu dalam perbualan seharian mereka dengan mengekalkan keunikan berbahasa dalam penggunaannya yang tersendiri.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 49 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Usage
Subject: Malay language - Dialects
Subject: Sabah (Malaysia)
Call Number: FBMK 2016 49
Chairman Supervisor: Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 31 Jan 2019 08:21
Last Modified: 31 Jan 2019 08:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66799
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item