UPM Institutional Repository

Hubungan kepuasan kerja dengan kecerdasan emosi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah, Selangor, Malaysia


Citation

Che Yusoff, Erny Yusnida (2016) Hubungan kepuasan kerja dengan kecerdasan emosi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan badan penguatkuasa utama negara (Mohamed Subri, 2011; Navaretnam, 2011). Tugas sebagai seorang anggota Polis menuntut kesiapsiagaan sepanjang masa dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka (Aslie, 2004). Menyedari hakikat tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, keupayaan mengurus kecerdasan emosi menghadapi cabaran berkhidmat dalam sebuah organisasi yang berteraskan disiplin adalah amat penting.Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 400 orang anggota Polis pelbagai pangkat (Konstable hingga Deputy Superintenden Police) yang sedang berkhidmat di IPPD Subang Jaya, Selangor. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 22, sementara Ujian keesahan dan kebolehpercayaan, analisis deskriptif, analisis kolerasi Pearson, analisis ANOVA dan Post Hoc, Ujian T dan analisis Regresi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap kecerdasan emosi, manakala perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi mendapati faktor gaji dan cawangan berkhidmat tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan sementara dimensi rakan sekerja faktor penggerak pula dikenalpasti sebagai penyumbang utama terhadap kecerdasan emosi responden. Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan Teori Dua Faktor Herzberg sesuai untuk menerangkan konteks dalam organisasi PDRM dan dapatan kajian ini sesuai dijadikan rujukan dalam merangka intervensi menyeluruh program pembangunan modal insan ke arah pemantapan kecerdasan emosi bagi mengurangkan statistik salah laku dalam kalangan warganya memandangkan kedua-dua elemen ini adalah faktor peramal penting dalam menjaga keharmonian organisasi PDRM.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 32 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Job satisfaction
Call Number: FEM 2016 32
Chairman Supervisor: Profesor Madya Haslinda Binti Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 31 Jan 2019 06:50
Last Modified: 31 Jan 2019 06:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66768
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item