Citation
Mohd Yusoff, Mohd Zailani and Othman, Mohamad Khairi and Suhid, Asmawati
(2018)
Teknik penerapan nilai murni dalam kalangan guru sekolah rendah.
In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 835-848).
Abstract
Akhir-akhir ini, masalah sosial dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar telah menjadi sangat serius. Oleh itu, melalui pendidikan yang bermakna dan sempurna dengan menerapkan nilai murni terhadap pelajar dapat mengatasi permasalahan disiplin dan juga masalah sosial yang kian berleluasa pada masa kini. Sehubungan itu, kertas ini berkongsi tentang teknik penerapan nilai murid di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan kuantitatif di mana data dikumpulkan melalui soal selidik yang melibatkan 221 guru dan 321 pelajar sekolah rendah dari empat jenis di negeri Zon Utara Semenanjung Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut menggunakan pendekatan kualitatif bagi menyokong data kuantitatif. Penemuan menunjukkan bahawa teknik yang paling dominan digunakan oleh guru-guru di sekolah rendah adalah teknik pengukuhan positif dan juga teknik model. Seterusnya diikuti teknik perbincangan, kuliah, main peranan, penenguhan negatif dan teknik simulasi. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan teknik penerapan nilai murni berdasarkan demografi guru iaitu lokasi sekolah. Walau bagaimanapun, dari segi jantina, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam teknik penerapan nilai murni yang digunakan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek demografi merupakan faktor penting dalam teknik penerapan nilai murni.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |