UPM Institutional Repository

Cabaran pelaksanaan program LINUS: kajian kes


Citation

Zakaria, Rojieta and Abdul Kadir, Suhaida (2018) Cabaran pelaksanaan program LINUS: kajian kes. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 493-507).

Abstract

Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti keberkesanan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), faktor yang mempengaruhi kejayaan dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan program tersebut.. Kajian kes ini dilakukan di sebuah sekolah rendah di zon Pudu Kuala Lumpur. Partisipan yang terlibat terdiri daripada seorang pentadbir dan empat orang guru LINUS. Kajian ini menggunakan pendekatan model CIPP dan menilai keberkesanan setiap faktor yang dikategorikan mengikut penilaian konteks, input dan proses. Kajian ini mengenalpasti faktor yang dikaji dengan berpandukan kepada dapatan kajian oleh Shahnon(2007) tentang sekolah berprestasi tinggi. Kajian ini tidak melibatkan penilaian produk. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan program LINUS berkesan dalam aspek konteks, input dan proses. Faktor yang mempengaruhi kejayaan program LINUS di sekolah yang dikaji terdiri daripada pentadbiran, guru, murid, kaedah pelaksanaan, kemudahan dan bahan pembelajaran serta kewangan. Cabaran yang masih perlu dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan program ini terdiri daripada isu pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan, guru dan murid. Setiap isu tersebut perlu ditangani untuk memastikan kejayaan program ini. Kesimpulannya program Linus ini berjaya dilaksanakan di sekolah ini namun beberapa isu masih perlu diambil perhatian bagi memastikan pelaksanaan program LINUS lebih berkesan.


Download File

[img] Text
MEDC 2018-5.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (299kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: CIPP model; LINUS; Challenges; Teacher; Student; Administrator
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:26
Last Modified: 04 Mar 2019 00:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66697
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item