UPM Institutional Repository

Meneroka amalan keselamatan dalam kalangan guru pelatih Sains Rumah Tangga: adakah mereka bersedia?


Citation

Jamaluddin, Rahimah and A. Wahab, Nur Hafizah (2018) Meneroka amalan keselamatan dalam kalangan guru pelatih Sains Rumah Tangga: adakah mereka bersedia? In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 233-241).

Abstract

Amalan keselamatan merupakan isu penting yang perlu diberi keutamaan semasa pengendalian pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Khususnya dalam pelaksanaan bilik darjah amali yang melibatkan penggunaan peralatan yang tajam dan merbahaya. Reka bentuk dan susun atur persekitaran bilik darjah/bengkel memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat dan selesa serta memudahkan pergerakkan guru dan pelajar untuk berinteraksi semasa melakukan aktiviti amali. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau amalan keselamatan dari aspek susun atur bilik darjah atau bengkel dalam kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga. Pemerhatian kualitatif menggunakan kaedah Diagram of Teacher and Student Space Utilization dijalankan bagi meninjau amalan keselamatan dan susun atur bilik darjah atau bengkel semasa PdPc amali dilaksanakan. Kajian ini melibatkan lima orang pelajar tahun akhir program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga yang menjalani latihan mengajar di lima buah sekolah di negeri Selangor. Hasil pemerhatian menunjukkan susun atur dan bilangan murid didalam bilik darjah atau bengkel mempengaruhi corak pergerakan guru pelatih. Susun atur yang sempit, tidak selesa dan tidak selamat membataskan interaksi antara murid dengan guru. Pergerakkan guru dilihat tertumpu kepada kawasan yang mudah untuk dilalui sahaja. Malah guru pelatih tiada inisiatif sendiri untuk membuat perubahan terhadap susun atur bilik darjah atau bengkel sedia ada. Dapatan juga menunjukkan guru pelatih masih tidak menguasai pengetahuan dan amalan keselamatan apabila berada di lapangan. Cadangan dikemukakan bagi meningkatkan pengamalan keselamatan bengkel dalam kalangan guru pelatih dalam semua proses pembelajaran selaras dengan matlamat pendidikan negara.


Download File

[img] Text
MEDC 2018-4.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (321kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Safety practices; Home science; Teacher-student interaction; PdPc
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:26
Last Modified: 04 Mar 2019 00:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66696
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item