UPM Institutional Repository

Pelaksanaan projek sketches dalam meningkatkan kemahiran visualisasi dan kemahiran melukis pola pakaian


Citation

Jamaluddin, Rahimah and Abdul Razak, Siti Hajar (2018) Pelaksanaan projek sketches dalam meningkatkan kemahiran visualisasi dan kemahiran melukis pola pakaian. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 223-232).

Abstract

Penghasilan lukisan teknikal dan bentangan pola pakaian memerlukan kekuatan visualisasi yang tinggi. Keupayaan visualisasi dapat ditingkatkan melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman (learning-by-doing). Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan projek MySketch Book dalam meningkatkan minat, sikap dan pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran lukisan teknikal, figura dan bentangan pola pakaian. Kajian berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif dijalankan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 32 orang pelajar Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga yang mengikuti Kursus Pengurusan Pakaian pada semester kedua 2017/2018. Pemerhatian kualitatif telah dijalankan selama 13 minggu bagi meninjau perkembangan hasil lukisan teknikal, figura dan bentangan pola yang dibuat oleh pelajar. Bagi mengukur minat dan sikap pelajar terhadap pelaksanaan projek MySketch Book, soal selidik yang terdiri daripada 24 item telah diedarkan kepada responden. Manakala pencapaian pelajar dari aspek lukisan teknikal, figura dan bentangan pola dianalisa berdasarkan perkembangan hasil lukisan pelajar pada minggu ke-2, ke-8 dan ke-13 serta pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir. Dapatan kuantitatif menunjukkan min minat dan sikap pelajar terhadap pelaksanaan projek MySketch Book melebihi 3.0 dengan min 3.14 (sp 0.47) dan min 3.03 (sp 0.57) masing-masing. Dapatan kualitatif pula menunjukkan ada peningkatan dalam hasil lukisan teknikal, figura dan bentangan pola yang dibuat oleh pelajar. Cadangan penambahbaikan dikemukakan bagi meningkatkan minat, sikap dan pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran visualisasi dan membuat lukisan teknikal, figura dan bentangan pola dengan lebih baik.


Download File

[img] Text
MEDC 2018-3.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (541kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Visualization skills; Fashion design; Learning by doing; Sketches
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:17
Last Modified: 04 Mar 2019 00:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66695
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item