UPM Institutional Repository

Kerelevanan pendidikan moral dalam memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 yang beretika: sudut pandangan guru pelatih


Citation

Yasin, Maizura and Abdullah, Nur Surayyah Madhubala (2018) Kerelevanan pendidikan moral dalam memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 yang beretika: sudut pandangan guru pelatih. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDC 2018), 7-8 Nov. 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin. (pp. 189-196).

Abstract

Masa depan sosial, politik dan ekonomi Malaysia bergantung antara lain kemejadian generasi muda hasil daripada sistem pendidikan negara. Dalam sistem pendidikan negara, guru berperanan sebagai arkitek pembangunan insan bagi melahirkan generasi muda dalam memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) yang beretika. Sehubungan itu, kajian ini akan meneroka sudut pandangan guru pelatih tentang kerelevanan Pendidikan Moral dalam memenuhi keperluan IR 4.0 yang beretika. Reka bentuk penyelidikan kualitatif kajian kes beserta persampelan bertujuan digunakan bagi meneroka perkara ini dengan menggunakan teknik pengumpulan data secara temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Seramai tiga orang peserta kajian yang terdiri daripada guru pelatih pengkhususan pengajaran minor Pendidikan Moral di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini dikategorikan kepada lima tema utama bagi sudut pandangan guru pelatih terhadap kerelevenan Pendidikan moral dalam memenuhi IR 4.0 yang beretika. Tema kerelevenan tersebut dapat dilihat sebagai mewujudkan pemikiran moral, memperkembangkan dimensi moral, menanam prinsip moral, mengamalkan nilai murni dan dapat berhadapan dengan cabaran pada zaman IR 4.0. Pendidikan moral secara formal dan tidak formal masih sesuai diajar dan patut diteruskan pengajaran di sekolah bagi memenuhi keperluan IR 4.0 yang beretika di Malaysia. Kesimpulannya, pelaksanaan Pendidikan Moral perlu dimantapkan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan berteknologi seiring dengan era IR 4.0. Hal ini, bagi memastikan generasi yang dilahirkan bukan sahaja menjadi pengguna yang beretika malahan menjadi pencipta kepada pasaran pekerjaan yang beretika pada zaman IR 4.0. Hal ini sejajar dengan perkembangan tamadun manusia yang bukan sahaja berkembang maju dari aspek teknologi malahan perlu seiring dengan nilai etika dan nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian.


Download File

[img] Text
MEDC 2018-2.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (262kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Keywords: Relevance; Trainee teacher; Moral education; Industrial revolution 4.0; Ethics
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:17
Last Modified: 04 Mar 2019 00:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66692
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item