Citation
Mat Arisah, Farhan and Zainal Badari, Shamsul Azahari and Hashim, Ahmad Hariza
(2015)
Amalan pembelian secara atas talian (online) dan faktor-faktor mempengaruhi.
In: 19th MACFEA National Seminar 2015 (MACFEA2015), 19-20 Nov. 2015, Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia. (pp. 764-770).
Abstract
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian secara atas talian (online) kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Pembelian secara atas talian dipilih sebagai langkah mudah untuk berbelanja bagi mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Objektif kajian adalah untuk mengkaji amalan pembelian secara atas talian dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Selain itu, kajian juga bertujuan meneliti perbezaan amalan pembelian secara atas talian mengikut faktor latar belakang terpilih (jantina dan generasi). Populasi kajian ini terdiri daripada pengguna yang berumur dalam lingkungan 17 tahun ke atas yang dipilih secara convenience melalui kaedah 'mall intercept'. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=-3.446, p = 0.001) di antara responden lelaki dan wanita bagi pernyataan ‘membeli secara atas talian kerana masa penghantaran yang cepat’, ‘membuat aduan apabila
tidak berpuas hati dengan produk dibeli secara atas talian’ dan ‘membeli secara atas talian boleh dilakukan bila-bila masa, tanpa mengira masa’ di mana masing-masing menunjukkan perbezaan yang sangat signifikan (p<0.001). Hasil ujian ANOVA pula menunjukkan empat pernyataan, iaitu ‘membeli secara online kerana masa peenghantaran cepat’ [F(3, 1326) = 5.495, p = 0.001], ‘lebih suka membeli belah secara tradisional berbanding secara atas talian’ [F(3, 1319) = 3.269, p = 0.021], ‘membuat aduan apabila tidak berpuas hati dengan produk dibeli secara online’ [F(3, 1324) = 3.065, p = 0.027] dan ‘membeli secara atas talian boleh dilakukan bila-bila masa, tanpa mengira masa’ [F(3, 1321)= 4.281, p = 0.005] yang mempunyai perbezaan signifikan dengan generasi yang dikaji. Dapatan kajian turut menunjukkan hanya lima faktor utama yang menjadi pilihan pengguna iaitu faktor keselamatan, produk yang ditawarkan, risiko, boleh dipercayai dan pengalaman pengguna. Justeru, pendekatan yang berbeza perlu dilakukan oleh peniaga bagi memenuhi citarasa pengguna sasaran seterusnya mampu mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |