Citation
Zulkifli, Normaziah and Hashim, Ahmad Hariza and Zainal Badari, Shamsul Azahari
(2015)
Penerimaan dan tingkah laku pengguna terhadap amalan sisa sifar ke arah penggunaan lestari.
In: 19th MACFEA National Seminar 2015 (MACFEA2015), 19-20 Nov. 2015, Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia. (pp. 274-279).
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penerimaan dan tingkah laku pengguna dalam penggunaan lestari terutamanya dalam amalan sisa sifar. Kajian ini melibatkan 500 responden kakitangan kerajaan yang dipilih secara rawak mudah daripada setiap ibu negeri empat zon terpilih iaitu di negeri Kedah (zon utara), Terengganu (zon timur), Selangor (zon tengah) dan Johor (zon selatan). Data dikumpul melalui borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden. Skala Likert digunakan dalam bahagian tingkah laku dan penerimaan responden terhadap amalan sisa sifar.Bagi setiap bahagian terdapat 14 pernyataan yang ditanya mengenai amalan sisa sifar. Hasil kajian setiap bahagian dikategorikan kepada dua iaitu amalan dalam pembelian dan guna semula. Dalam tingkah laku majoriti responden berada pada tahap yang positif dalam aktiviti pembelian (76.1%) dan begitu juga dalam aktiviti guna semula (86.9%). Tahap penerimaan responden terhadap amalan sisa sifar juga berada pada tahap yang tinggi dalam aktiviti pembelian (58.8% responden) dan (60.8% orang) dalam aktiviti guna semula. Melalui ujian korelasi pearson, terdapat perkaitan yang positif antara penerimaan dan tingkah laku responden dalam amalan sisa sifar (r=0.395; p≤0.01). begitu juga penerimaan dan tingkah laku pengguna dalam guna semula, dimana mempunyai perkaitan yang positif antara satu sama lain (r=0.633; p≤0.01). Walaupun perkaitan ini wujud namun hanyalah pada tahap yang sederhana sahaja. Secara kesimpulannya, penerimaan pengguna terhadap amalan sisa sifar saling berkaitan dengan tingkah laku mereka terhadap penggunaan lestari. Sesuatu yang positif melihat pengguna Malaysia menyambut baik amalan sisa siafar dalam kehidupan mereka. Pihak-pihak yang terbabit mungkin boleh mengemaskini program-program sedia ada supaya lebih kreatif, inovatif dan mesra pengguna supaya pengguna hari ini dapat meningkatkan amalan mereka dalam penggunaan lestari.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |