UPM Institutional Repository

Tingkahlaku pembelian dalam kalangan pengguna baru di Malaysia dan perbandingannya dengan negara maju


Citation

Zainal Badari, Shamsul Azahari and Hashim, Ahmad Hariza and Sabri, Mohamad Fazli and Othman, Mohd Amim and Zulkifli, Normaziah and Mat Arisah, Farhan (2015) Tingkahlaku pembelian dalam kalangan pengguna baru di Malaysia dan perbandingannya dengan negara maju. In: 19th MACFEA National Seminar 2015 (MACFEA2015), 19-20 Nov. 2015, Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia. (pp. 426-446).

Abstract

Budaya kepenggunaan kini telah berubah daripada pembelian yang melampau kepada pembelian yang lebih lestari. Walaupun begitu, tingkahlaku pembelian yang lebih lestari mungkin masih lagi baru di Malaysia, tetapi tidak di negara maju. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkahlaku pembelian dalam kalangan pengguna baru di Malaysia dan membandingkannya Malaysia dengan beberapa negara maju terpilih. Kajian berbentuk survei ini dijalankan keatas 846 oreng responden dari lapan buah universiti awam yang mewakili empat zon iaitu utara, selatan, timur dan tengah Semenanjung Malaysia. Responden dipilih secara rawak mudah dan perlu menjawab sendiri borang soal selidik yang disediakan. Borang soal selidik terdiri daripada beberapa bahagian iaitu i) latarbelakang responden, ii) isu alam sekitar, krisis sosial, kewangan, dan pemakanan, iii) kuasa beli pengguna, iv) perniagaan/kapitalisme dan v) nilai pengguna. Kutipan data dijalankan dalam semester kedua, sesi 2014-2015. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai persepsi yang tinggi bagi kesemua isu/faktor yang ditanya berkaitan dengan tingkahlaku pembelian mereka. Perbandingan dengan negara maju juga menunjukkan peratusan yang tinggi dalam kalangan responden, mungkin kerana responden yang masih menuntut di universiti lebih memahami dan menerima isu yang dikemukan dalam borang soal selidik ini. Kesimpulannya, persepsi tingkahlaku pembelian dalam kalangan responden adalah tinggi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tingkahlaku pembelian yang lebih lestari dalam kalangan pengguna baru di Malaysia.


Download File

[img] Text
MACFEA2015-1.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (254kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Behavior; Purchase; New consumer; University; Malaysia; Advanced countries
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Mar 2019 00:00
Last Modified: 04 Mar 2019 00:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66617
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item