Citation
Hamzah, Rosnaini
(2015)
Pengaruh dimensi kompetensi emosi terhadap prestasi kerja agen pengembangan di kawasan Jelapang, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh dimensi kompetensi
kecerdasan emosi terhadap prestasi kerja agen pengembangan di kawasan
jelapang. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang agen pengembangan yang
berkhidmat di dua kawasan jelapang yang dipilih secara rawak mudah. Reka
bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini adalah Emotional Competence Inventory Version 2 (ECI-2) oleh
Boyatzis, Goleman & Hay Group (1999) dengan reliabiliti α=0.949 yang
bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi kecerdasan emosi sampel serta
19 item prestasi yang dibina sendiri oleh pengkaji dengan reliabiliti α=0.885
bagi mengukur tahap prestasi kerja agen pengembangan. Data dianalisis
dengan menggunakan ujian korelasi Pearson dan ujian regrasi linear
berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
dan sederhana di antara dimensi kesedaran diri (r=0.48); pengurusan diri
(r=0.64); kesedaran sosial (r=0.61) serta pengurusan perhubungan (r=0.60)
dengan prestasi kerja agen pengembangan di mana nilai p<0.01. Analisis
regrasi linear berganda menunjukkan bahawa hanya tiga variabel peramal
yang menyumbang secara signifikan kepada pretasi kerja agen
pengembangan iaitu: dimensi pengurusan diri (t=2.795, p=0.006); kesedaran
sosial (t=3.641, p=0.000) dan pengurusan perhubungan (t=2.466, p=0.015).
Sebaliknya dimensi kesedaran diri (t=1.305, p=0.193) tidak menyumbang
secara signifikan kepada prestasi kerja agen pengembangan. Berdasarkan
nilai Beta, nilai yang paling tinggi adalah (Beta=0.271) iaitu nilai Beta bagi
dimensi kesedaran sosial, diikuti oleh nilai Beta bagi dimensi pengurusan diri
(Beta=0.249) dan dimensi pengurusan perhubungan (Beta=0.201). Keputusan
analisis ini turut menunjukkan bahawa dimensi kompetensi kecerdasan emosi
menyumbang 48.4% varians dalam prestasi kerja agen pengembangan
(R2=0.484, F=45.715, p<0.05). Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini
memberi satu implikasi ke atas prestasi kerja agen pengembangan. Oleh yang demikian terdapat beberapa cadangan yang telah dibuat berdasarkan
penemuan kajian dan untuk kajian yang akan datang.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |