Simple Search:

Perkaitan demografi dengan kebolehupayaan bekerja dalam kalangan graduan Pusat Pembangunan Belia, Brunei


Citation

Ariffin, Saiful Rizal (2016) Perkaitan demografi dengan kebolehupayaan bekerja dalam kalangan graduan Pusat Pembangunan Belia, Brunei. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Isu graduan tidak mendapat pekerjaan mendapat perhatian penting dewasa ini. Salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan dan peluang pekerjaan kepada belia adalah dengan memberikan mereka latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Walau bagaimanapun, setelah mengikuti pelbagai latihan kemahiran dan kursus pembangunan diri, masih terdapat sebahagian graduan yang belum mendapatkan sebarang pekerjaan. Situasi ini menimbulkan pertanyaan apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat memasuki bidang pekerjaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehupayaan bekerja graduan dan perkaitan demografi dengan kebolehupayaan bekerja dalam kalangan graduan di Pusat Pembangunan Belia Brunei. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah deskiptif ini melibatkan 225 orang graduan lepasan pelbagai jenis kursus di Pusat Pembangunan Belia. Perisian SPSS digunakan dalam penganalisan data kajian ini. Ujian-t digunakan bagi mengetahui perbezaan kebolehupayaan bekerja antara graduan dengan faktor demografi dan analisis korelasi digunakan untuk mengenal pasti perkaitan antara pembolehubah. Kebolehupayaan bekerja yang mengandungi dimensi keadaan/pembelajaran kebolehupayaan bekerja, Sikap diri terhadap tanggungjawab dan Kemahiran Insaniah dalam kerja sebagai pembolehubah bersandar. Kajian mendapati secara keseluruhannya dimensi kebolehupayaan bekerja adalah pada tahap tinggi. Sementara itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kebolehupayaan bekerja graduan mengikut faktor demografi seperti jantina dengan min 3.96 bagi lelaki dan 3.98 perempuan. Begitu juga dengan latar belakang akademik dengan nilai min 3.98 bagi tingkatan empat ke bawah dan 3.97 bagi tingkatan lima ke atas. Manakala analisis korelasi juga menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara umur dan jangka masa mendapatkan pekerjaan dengan kebolehupayaan bekerja (r=.077, p<.352; r=- .076, p<.361). Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan bahawa Program Pembangunan Belia yang dijalankan telah memberikan kesan positif ke atas para graduan dengan memperolehi aspek-aspek yang diperlukan dalam kebolehupayaan bekerja sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan Walau bagaimanapun masih terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kebolehupayaan bekerja graduan sehingga menyebabkan mereka belum mendapatkan sebarang pekerjaan. Dapatan ini memungkinkan satu kajian baru untuk dilaksanakan bagi mengetahui apakah faktor lain yang mempengaruhi kebolehupayaan bekerja graduan dari aspek yang lain pula.


Download File

[img]
Preview
PDF
IPSS 2016 1 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Job hunting - Brunei
Call Number: IPSS 2016 1
Chairman Supervisor: Profesor Bahaman Abu Samah, PhD
Divisions: Institute for Social Science Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 23 Jan 2019 10:11
Last Modified: 23 Jan 2019 10:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66215
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item