Citation
Ariffin, Saiful Rizal
(2016)
Perkaitan demografi dengan kebolehupayaan bekerja dalam kalangan graduan Pusat Pembangunan Belia, Brunei.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Isu graduan tidak mendapat pekerjaan mendapat perhatian penting dewasa ini.
Salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan dan peluang pekerjaan
kepada belia adalah dengan memberikan mereka latihan kemahiran yang
diperlukan oleh industri. Walau bagaimanapun, setelah mengikuti pelbagai
latihan kemahiran dan kursus pembangunan diri, masih terdapat sebahagian
graduan yang belum mendapatkan sebarang pekerjaan. Situasi ini
menimbulkan pertanyaan apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak
dapat memasuki bidang pekerjaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengenalpasti tahap kebolehupayaan bekerja graduan dan perkaitan
demografi dengan kebolehupayaan bekerja dalam kalangan graduan di Pusat
Pembangunan Belia Brunei.
Kajian kuantitatif menggunakan kaedah deskiptif ini melibatkan 225 orang
graduan lepasan pelbagai jenis kursus di Pusat Pembangunan Belia. Perisian
SPSS digunakan dalam penganalisan data kajian ini. Ujian-t digunakan bagi
mengetahui perbezaan kebolehupayaan bekerja antara graduan dengan faktor
demografi dan analisis korelasi digunakan untuk mengenal pasti perkaitan
antara pembolehubah. Kebolehupayaan bekerja yang mengandungi dimensi
keadaan/pembelajaran kebolehupayaan bekerja, Sikap diri terhadap
tanggungjawab dan Kemahiran Insaniah dalam kerja sebagai pembolehubah
bersandar.
Kajian mendapati secara keseluruhannya dimensi kebolehupayaan bekerja
adalah pada tahap tinggi. Sementara itu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara kebolehupayaan bekerja graduan mengikut faktor demografi
seperti jantina dengan min 3.96 bagi lelaki dan 3.98 perempuan. Begitu juga
dengan latar belakang akademik dengan nilai min 3.98 bagi tingkatan empat ke
bawah dan 3.97 bagi tingkatan lima ke atas. Manakala analisis korelasi juga menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara umur dan jangka masa
mendapatkan pekerjaan dengan kebolehupayaan bekerja (r=.077, p<.352; r=-
.076, p<.361). Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan bahawa Program
Pembangunan Belia yang dijalankan telah memberikan kesan positif ke atas
para graduan dengan memperolehi aspek-aspek yang diperlukan dalam
kebolehupayaan bekerja sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan kepada
graduan Walau bagaimanapun masih terdapat faktor-faktor lain yang
mempengaruhi kebolehupayaan bekerja graduan sehingga menyebabkan
mereka belum mendapatkan sebarang pekerjaan. Dapatan ini memungkinkan
satu kajian baru untuk dilaksanakan bagi mengetahui apakah faktor lain yang
mempengaruhi kebolehupayaan bekerja graduan dari aspek yang lain pula.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |