Citation
Che Nawi, Nur Raihan and Hamzah, Siti Raba'ah
(2015)
Faktor-faktor psikososial yang mempengaruhi penglibatan golongan belia dalam aktiviti keusahawanan sosial di Malaysia.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2015 Seminar, 20 Dec. 2015, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 490-496).
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor psikososial yang mempengaruhi penglibatan golongan belia dalam aktiviti keusahawanan sosial di Malaysia. Keusahawanan sosial didefinisikan sebagai mewujudkan model perusahaan baru untuk mengatasi keperluan sosial (Dees, 1998). Keusahawanan sosial juga boleh didefinisikan sebagai usaha sosial yang ditentukan oleh sifat keperluan, jumlah sumber, meningkatkan skop modal, serta keupayaan dalam menguasai nilai ekonomi. Kertas kerja ini turut membincangkan teori tingkah laku terancang yang dicadangkan oleh Ajzen (1991) digunakan untuk meramalkan dan menerangkan tingkah laku usahawan sosial. Dalam kajian lepas, faktor psikososial yang mempengaruhi penglibatan golongan belia dalam aktiviti keusahawanan sosial adalah seperti; modal sosial, kompetensi dan faktor persekitaran. Oleh yang demikian, satu kajian dicadangkan untuk membuktikan bahawa faktor-faktor psikososial mempengaruhi penglibatan dalam aktiviti keusahawanan sosial dengan mengunakan kaedah kuantitatif.
Download File
|
Text
GREduc2015-63.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (4MB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |